1. Meletakkan seluruh perhatian untuk mendapat makrifatullah dan membina kemahuan yang tinggi untuk sampai kepada Allah SWt. Ia hanya dapat dilakukan dengan cara berikut:
* Mengingati Allah SWT semata-mata melalui zuhud dan tawaduk.
* Menundukkan sifat kebinatangan seperti nafsu syahwat dan sifat amarah. Memperbanyakkan puasa untuk mengekang nafsu syahwat dan memperbanyakkan amal soleh serta berfikir.
* Melengkapkan jiwa untuk menerima gambaran secara rasional. Hal ini boleh terlaksana dengan cara berfikir dan membuat kajian ilmiah yang diharuskan. Hal ini boleh dicapai dengan latihan, mujahadah dan pimpinan ulamak yang mursyid dan arif.
2. Berusaha menjauhkan dunia sepenuhnya dari hati bertajarrud ( membersihkan hati ), yakin kepada Allah SWT dan kekuasaanNya serta berbaik sangka kepada Allah SWT.
3. Memperolehi sesuatu ( الإشراق ) dan terbuka hati untuk menerima hakikat ketuhanan ( التجلى ). Hal ini menjadi sempurna dengan jalan berfikir tentang kejadian langit dan bumi, pertukaran siang dan malam serta melakukan zikrullah dengan menghadirkan hati. hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT :
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;(190)(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah sesama mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” Surah Ali Imran ayat 190&191.
4.Peringkat Pembersihan Hati ( التزكية ) iaitu seseorang yang arif itu melupakan segala-galanya termasuk dirinya sendiri, dia tidak merasai kewujudan sesuatu pun melainkan Allah SWT. Maqam ini disebut Maqam Al-Irfan
0 ulasan:
Catat Ulasan