~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 26 Julai 2011

Bacalah...

Keutamaan Membaca Al-Quran
( Petikan dari 'Keagungan Kitab Al-Quran dan Peminatnya' oleh Ustaz Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh).

p/s: nombor 5 tu baru ku tahu...
1.Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, manakala sembahyang sebesar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.

2.Pahala membaca Al-Quran: 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda 700 kali

3.Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga

4.Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga

5.Pahala membaca satu huruf al-Quran ;- Dalam sembahyang - 100 kebajikan Di luar sembahyang berwudhuk 50 kebajikan Tanpa wudhuk - 10 kebajikan

6.Pembaca al-Quran adalah hartawan dan pahala membaca tidak akan putus mengikut Ibnu Abbas.

7.Untuk selamat daripada api neraka

8.Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama Malaikat.

9.Di hari kiamat, al-Quran menjadi pembela

10.Pembaca akan memperolehi keamanan 

11.Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan Malaikat.

12.Pembaca dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin.