~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 8 Julai 2011

Untungnya mereka tahu akan mati bila

Assalamualaikum

Aku sekadar nak berkongsi dua berita menyedihkan.

Kawan satu ofis aku cuma berbeza floor meninggal pagi tadi akibat breast cancer.

Dan, seorang kawan aku sedang nazak di Hospital Ampang sekarang akibat leukemia.

Kedua-duanya adalah perempuan. Kedua-duanya berstatus ibu.

Aku cuba nak cakap daripada sudut positif. Jangan salah faham ye, Mereka dah lama menderita sakit ni. Maka, mereka dah sedia maklum bila-bila sahaja mereka akan pergi meninggalkan dunia ini. Aku cuba pujuk diri sendiri.

Sekurangnya mereka tahu, tapi aku, tak tahu bila akan mati. Aku menjadi sangat ngeri.

Bukanlah maksud aku di sini aku cakap kawan aku yang sedang nazak tadi akan mati, atau aku mendoakan supaya dia mati, tapi, aku cuba menjadi positif apatah twin aku dah menangis semahunya dalam phone sebentar tadi. Aku pun dah kehabisan idea dalam nak memujuknya supaya bertenang. Aku sendiri menangis bersamanya, mengenangkan kawan perempuan aku tadi mempunyai anak dan suami.


6 ulasan:

kinakona berkata...

mmgla..itu yg takut sgt bila ingat.
tp itu ubat paling mujarab bila kita tgh tenat dgn dunia. huhu
btlla,tgh duk leka dan lalai bila dgr pasal mati terus zapppp!! tersentak..nafsu jadi layu.. Allah..ighfir dzunuubii.. X(

Mati Itu Pasti,Hidup Insyaallah.

kinakona berkata...

salam takziah buat kededua temannya..
moga Allah merahmati mereka..

UMMI YL berkata...

ya betul WBH, oleh kerana urusan akhirat itu lebih panjang, beruntung bg mereka yang tahu mereka akan mati. Apa lagi boleh berbuat selain terus bersujud memohon taubat.

kita juga tahu kita akan mati pada bila-bila saja, tapi dalam sihat ini, bila kita sibuk kita terlupa akan hal mati, tapi masyaallah bila sebut saja atau terlintas di fikiran ni, berdebar rasa hati. Mengingatkan urusan dunia terutama suami dan anak-anak yang kita akan tinggalkan dan mengenangkan urusan akhirat yang belum mencukupi, semuanya benar-benar mendebar dada. hanya mampu berdoa tatkala allah nak cabut nyawa ni, biarlah dalam semuanya berkeadaan sedia..

alhamdulillah jika kita masih mengingati pada saat saat kehidupan kita setiap hari. tapi itu pun belum mampu mendebarkan dada ini untuk terus istiqmah dalam ibadah dan ketaatan pada allah (diri saya)

Namun alangkah ruginya, orng yang tak pernah mengingati mati dan terus tenggelam dalam kemaksiatan kepada Allah.

takut mati atau takut bekalan yang dibawa tak cukup ketika mati..mmmm..resah..:(

Wanita Bertudung Hijau berkata...

ank-ayah : hrp kita bkn drpd golongan yg lalai :-)

rulza : sy yg rasa menggigil dgn berita ini, sy tahu amalan sy tidaklah sebyk mana jika nak compare dgn hidup sy yg panjang ni :-(

Norsha berkata...

sebab itulah nabi selalu ingatkan kita tentang mati agar kita tidak lalai...

Wanita Bertudung Hijau berkata...

norsha : kwn sy akhirnya meninggal jugak sabtu malam :-(

kita tak tahu mati bila :-)