~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 19 Julai 2011

Sebab turunnya surah Al-Ikhlas

Sebahagian riwayat menerangkan antara sebab turunnya surah Al-Ikhlas ialah ketika Rasulullah s.a.w. sedang dalam perjalanan pindah dari Mekah ke Madinah. Dalam perjalanan itu baginda telah diekori oleh seorang musyrik dengan kudanya. Pada saat itu turunlah Jibril memberitahu kepada Rasulullah dengan berkata, "Wahai Muhammad! Suraghoh sedang mengejar kamu dari belakang tetapi Allah telah memerintahkan bumi agar patuh kepada kamu."

Setelah Suraghoh sampai kepada Rasulullah dengan pedangnya yang terhunus beliau terus menyerang baginda. Dengan pertolongan Allah Suraghoh bersama dengan kudanya tiba-tiba terbenam ke dalam bumi sehingga tidak dapat bergerak lagi. Suraghoh lalu menjerit meminta pertolongan dari Rasulullah.

Kerana terlalu kasihan Rasulullah pun berpatah balik untuk menyelamatkan musyrik ini. Setelah selamat naik ke atas Suraghoh terus bertanyakan tentang Tuhan Muhammad, katanya, "Adakah Tuhan kamu itu terdiri dari emas atau perak?". Rasulullah menundukkan kepalanya buat seketika, kemudian turunlah Jibril memberikan wahyu dengan katanya, "Wahai Muhammad! katakan 'Qul Huwallah Hu Ahad... . hingga ke ayat terakhirnya.

2 ulasan:

cikceriacorner berkata...

setiap ape yg diturunkan Allah pasti ada sebabnye..terima kasih untuk info ini..:)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

cikceria : sama2 :-)