Setiap muslim hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu redha dan menerima apa yang ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya. Lawan bagi sikap qanaah ialah tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki yang di perolehi orang lain. Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman yang tercermin dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu tercermin dari sifatnya yang qanaah. Salah satu cara untuk menanamkan sifat qanah kepada diri dan keluarga ialah dengan sentiasa mengucapkan `alhamdulillah` di atas setiap perbuatan atau perkara baik yang diterima. Rezeki adalah ketentuan Allah S.W.T. Untuk menambah keberkatannya hendaklah membiasakan diri dengan sifat pemurah dan tidak bakhil untuk bersedekah kerana hal ini akan memberikan ketenangan kepada diri malah akan lebih disayangi oleh masyarakat kerana sesungguhnya, harta yang kita miliki terdapat hak orang lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan.
Untuk mencapai ketenteraman jiwa, seseorang muslim itu haruslah membentuk sifat qanaah atau berpada,sifat tidak tamak serta haloba dalam memenuhi keperluan hidup. Apabila ia merasakan cukup dan rela serta bersyukur maka ia merasa dirinya selaku orang yang paling kaya.
0 ulasan:
Catat Ulasan