~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 25 Julai 2011

Baca Bible

BOLEHKAH orang Islam menyimpan Bible di rumahnya? Tujuan membeli kitab berkenaan adalah untuk bacaan pengetahuan, terutama bagi mereka yang baru memeluk Islam? Adakah ia patut dimusnahkan atau dibuang?

INGIN TAHU

JAWAPAN Apabila seorang itu baru memeluk agama Islam, kitab yang paling wajar dibacanya ialah al-Quran dan bukan Bible.

Pernah Omar r.a menceritakan kepada Nabi dia membaca Injil, lalu berubah muka Nabi dan Baginda bersabda: jika Isa a.s masih hidup, tentu dia sendiri akan membaca al-Quran.

Ini membuktikan kitab rujukan orang Islam mestilah al-Quran, apalagi bagi yang baru memeluk agama Islam akan lebih mengelirukan jika dia merujuk Bible, walaupun dengan tujuan untuk pengetahuan.

Bakarlah kitab itu dan rujuklah kepada al-Quran saja kerana pengajaran dalam al-Quran adalah lengkap.