Ada orang suka membanding-bandingkan seseorang penceramah agama. Orang itu bagus, orang ini tak bagus tapi yang tak bagus lebih ramai dari yang bagus ikut pendapat dia. Orang tu belajar tak tinggi dan tak layak mengajar di sini. Katanya orang itu tak cukup ilmu untuk datang ke masjid atau surau itu. Kalau orang itu datang, beberapa jemaah berkumpul dan mengumpat penceramah itu dari belakang.
Kenapa Ini Terjadi ?
Bila cerita ini sampai kepada saya, saya tak menyokong mana-mana sama ada penceramah itu atau orang yang mendengar. Saya tahu, kalau saya sokong penceramah, takkanlah penceramah itu punyai ilmu macam ulama besar. Dia datang seikhlas hati ke situ menyampaikan ilmu sebagai peringatan kepada umat Islam. Takkanlah tunggu nak jadi ulama besar baru boleh berceramah.
Dulu zaman permulaan Islam, semua sahabat adalah pendakwah, tak kira tinggi ilmu atau rendah. Bilal bin Rabah orang kulit hitam boleh jadi pendakwah dan diangkat jadi bilal. Musab bin Umair dijadikan duta ke Madinah sebelum hijrah, bukanlah mempunyai ilmu yang tinggi sangat, bukan ada universiti Islam waktu itu. Begitu juga sahabat lain seperti Saidina Ali, Abu Bakar, Saidina Hamzah, mereka ini bukan mempunyai ilmu sangat tetapi dengan ilmu yang sedikit inilah mereka berpesan-pesan sesama Islam.
Cabaran Dakwah Masakini
Semalam saya berucap di majlis program ziarah dan usrah saudara kita anjuran PERKIM di Kluang. Saya tekankan betapa pentingnya setiap orang Islam menjadi pendakwah terutama di kalangan saudara baru. Okey, kalau nak kata saudara baru ini tinggi ilmu, jauhlah tingginya ilmu orang kampung yang lahir sudah Islam, mereka baru masuk Islam.
Jadi, kelembapan kemasukan orang agama lain kepada Islam di negara kita adalah kerana kelemahan kita dalam berdakwah. Kita sering mempersoalkan peranan orang lain tetapi tidak mempersoalkan diri kita. Kita nampak salah orang, tapi kita lupa kelemahan diri kita. Sering kita dengar cakap-cakap yang dia bukan ustaz, bukan ustazah nak nasihat orang lain. Sedangkan kita lupa bahawa peranan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran itu tanggungjawab sekalian umat Islam.
Sombong Dalam Ilmu
Kenapa pertikaikan seorang ustaz kalau ustaz itu cerita perkara yang orang lain sudah tahu ? Yer betul, orang yang mengadu ini orang yang berilmu, tapi orang lain bagaimana, belum tentu orang lain itu ada ilmu. Jadi biarlah orang itu memahaminya, kita diam sajalah. Lagi satu, ustaz itu kan menyampaikan tazkirah sebagai peringatan atau ulangkaji supaya kita tak lupa perkara agama. Jadi apa salahnya ustaz ini menyentuh perkara yang biasa disentuh sebagai untuk mengimbas kembali ingatan kita.
Bila ustaz lain pula berceramah, dia pun pertikai ustaz ini juga. Katanya itu ini, begitu begini semua nak komplain. Agaknyalah kalau saya suruh dia yang ceramah bagaimana ? Dah tentu dia mengelak, tentu jawabnya dia bukan ustaz dan tak layak. Tapi kalau dah tahu tak layak, tak bolehkah dia diam saja dan menghormati majlis ilmu.
Jadi, berilah peluang kepada jemaah lain yang nak menuntut ilmu walau sebesar zarah sekalipun yang disampaikan penceramah. Mudah-mudahan lmu itu bermanfaat pada kita di dunia dan akhirat.
p/s: bandingkan dengan diri kita dulu
aku cakap pada diri sendiri
0 ulasan:
Catat Ulasan