Soalan
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya tentang hukum memakan makanan yang menggunakan baja daripada najis...
Baru-baru ini heboh diperkatakan bahawa air kencing telah digunakan sebagai baja untuk sayur taugeh...
Bolehkah kita makan sayur taugeh tersebut ?
Syukran jazilan.
Jawapan
Wa'alaikumussalam,
Makan sayur yang bajanya bahan najis, hukumnya harus atau halal. Walaubagaimanapun jika ada air najis pada sayur tersebut, hendaklah dibasuh dahulu Kalau najis mughallazah, hendaklah dibasuh dengan tujuh kali air, satu daripadanya dengan air tanah.
Wallahu a'lam.
0 ulasan:
Catat Ulasan