Selamat berhujung minggu ye kawan-kawan.
Jangan lupa sabtu malam ada malam Nisfu Syaaban. Marilah kita lipat gandakan amalan kita. Ingat lagi, malam tersebutlah Junjungan Besar Nabi Muhammad solat sehingga bengkak kaki tu. Sehinggakan Baginda disangka mati oleh isteri tercinta.
Ustaz pesan tadi, selepas solat sunat 2 rakaat (better lebihlah), bacalah surah Yassin 3x
Bacaan pertama - doakan supaya panjang umur untuk beribadat (bukan doa panjang umur je tau kawan-kawan)
Bacaan kedua - Minta Allah bagi rezeki halal berlipat kali ganda dalam usaha nak buat bekal beribadat
Bacaan ketiga - minta supaya Allah matikan kita dalam iman
Sebenarnya, ada doa khas dan surah lain, tapi ustaz kata Mazhab Melayu dah terbiasa dengan surah Yassin, maka daripada tak baca surah lain, bacalah surah Yassin tersebut sebanyak 3x. Insyaallah ganjaran di akhirat menanti kita.
Kemudian, ustaz sambung, hari ahad tu digalakkan puasa sunat.
Selamat beramal.
Aku muhasabah diri aku ni.
0 ulasan:
Catat Ulasan