Was-was ialah sejenis penyakit, yang diilhamkan oleh iblis supaya ibadat tidak khusyuk. Tidak ada jalan untuk mengatasi was-was, melainkan keazaman diri yang kuat dan menambahkan ilmu pengetahuan baru diri menjadi yakin dalam amalan.
Ia bukan saja berlaku pada ibadat, tetapi juga boleh melarat kepada perbuatan harian. Mulakan dengan belajar fokus atau penumpuan pada satu-satu kerja supaya penumpuan ini memberi keyakinan ia disempurnakan dengan baik.
Apabila sudah ada penumpuan, lawanlah hati untuk tidak mengulangi perbuatan itu berkali-kali setelah ia disempurnakan. Amalkan juga membaca surah an-Nas dan membaca taawuz iaitu aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam dalam semua perbuatan
0 ulasan:
Catat Ulasan