~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 14 Julai 2011

Menilai diri sendiri

Ada orang pernah kata pada aku. Kita tak boleh nilai diri kita sendiri, tapi, orang lain yang mampu nilai diri kita? Mmmm...

Aku tak kata pendapat kawan aku tadi adalah salah. Tapi, pada pendapat aku yang jahil, akhir zaman ni, tak semua kawan sekeliling kita mampu tegur perangai kita dan nasihat kita secara yang sewajarnya. Dalam ofis aku yang beratus-ratus orang ni, aku hanya jumpa 2-3 kerat yang sanggup dan ikhlas tegur aku. Yang lain agaknya hanya mampu kutuk kat belakang kot? Dan nilah realiti ofis aku, kutuk sana kutuk sini, semua benda nak dikutuknya. Orang tu pakai kasut tak lawa, pakai baju tah apa-apa, cara berjalan semua dikutuknya. Dan master mind yang selalu mengutuk ni dah selalu pergi umrah. Aku pun tak paham. Mentang-mentanglah dia dah banyak pahala, tak kisah agaknya pahala berkurangan.

So macam mana aku nak sentiasa perbaiki diri aku ke arah lebih baik? Macam mana aku nak sentiasa bersihkan diri dan muhasabah diri, tanpa ada mentor-mentor yang sanggup menegur untuk kebaikan aku? Dan larat ke diaorang nak nasihat aku hari-hari?

Di sini, maknanya, aku sendirilah yang kena usaha ubah diri aku, sentiasa buang jauh-jauh sifat mazmumah dan sentiasa kekalkan sifat mahmudah. Maka, aku sendirilah yang kena bekerja keras untuk menjadi lebih baik. Aku sendirilah yang kena kaji tentang perangai sendiri setiap masa. Ubah yang mana patut. Bukan nak mengharapkan teguran daripada orang lain semata. Sebab pada aku dah susah nak jumpa orang yang boleh menilai kita dengan ikhlas.

Kita sendiri boleh nilai diri kita sendiri. Di sinilah tadi maksudnya muhasabah diri. Mencari kelemahan diri, dan memperbaikinya. Bukan muhasabah diri sekiranya hanya nampak perkara kebaikan dalam diri. Tu namanya membesarkan diri.

So kena pahami maksud muhasabah diri. Kena selalu muhasabah diri, kena selalu ubah diri menjadi lebih baik. Dah tak perlu nak tunggu orang lain menilai kita. Sebab masing-masing kan sibuk dengan hal masing-masing.

Tapi, macam mana sekalipun memang perlukan pandangan orang lain terhadap diri kita, apatah kita dah berkahwin dan berkeluarga. Ini namanya bonus sekiranya orang lain sanggup menilai kita. Tapi, dah payah dah nak jumpa yang sanggup menilai secara ikhlas dan suci.

Aku sangatlah berbesar hati dengan teguran daripada mentor-mentor aku. Aku sukalah. Bukan senang dah nak jumpa orang macam mereka. Spesis macam mereka dah banyak pupus dalam muka bumi ni. Maka, orang macam merekalah aku sangat hargai.

Terima kasih mentor

p/s : Sentiasalah bersihkan hati.