~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 14 Julai 2011

Aurat

Teman sekalian..

Kita di muka bumi Allah ini bukan sendirian. Allah jadikan bersama-sama dengan kita jin,syaitan, iblis dll. Malahan mereka lebih banyak daripada kita berganda-ganda.

Jadi dengan itu, boleh dikatakan di setiap pelosok dan ceruk bumi Allah ini penuh dengan mereka. Jadi, amat cantiklah Allah perintahkan kita supaya menutup aurat, kerana mereka juga mengintai kita.

Apa yang nak saya sembahkan disini ialah, jangan sembarangan kita membuka aurat (bogel) kerana mereka nampak walaupun manusia tidak nampak. Cara terbaik ialah membaca ayat di bawah :

" Dengan nama Allah yang tiada tuhan melainkan Dia (Allah)"- ini doa untuk menutup mata-mata jin dan syaitan daripada mengintai kita.

Bagi teman-teman yang tidak menutup aurat, sama2lah kita menutup aurat kerana besok akhirat besok kita akan terkejut, dengan dosa membuka aurat dengan menunjukkan aurat kita kepada orang lain, bahkan akan berganda dosa2 kita apabila bukan sahaja manusia sahaja yang nampak aurat kita, bahkan jin dan syaitan juga menjadi penyebab bertambahnya dosa kita apabila mereka aurat anda.

Aurat adalah arahan Allah untuk ditutup.

Anda calon wanita syurga jika sekiranya menutup aurat. saya doakan kebahagiann anda. amin.

3 ulasan:

cikceriacorner berkata...

amin..

terima kasih untuk info ini..:)

nam berkata...

MasyaALLAH, perkongsian yg menarik. Semoga ALLAH mudahkn untuk kita amalksn. Salam istiqamah dan mujahadah..

P/s: suka melwat blog ini. :-)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

cik ceria : sama2 :-)

nam : amin :-)