1 al-Quran = 30 juzuk
1 Juzuk = 2 Hizb
1 Hizb = 4 Maqra'
1 Juzuk = 10 helai = 20 mukasurat
(1 m/s = 15 baris)
==> 30 Juzuk = 60 Hizb = 240 Maqra'
---------------------------------------------------------------------
Program bacaan al=Quran (secara istiqamah):
1 hari =1 maqra'==> 8 bulan khatam (8 x 30 hari)
1 hari =2 maqra'==> 4 bulan khatam (2 x 4 x 30)
1 hari =1 hizb= 4 maqra' ==> 2 bulan khatam ( 4 x 2 x 30)
1 hari =1 juzuk= 2 hizb = 8 maqra' ==> 1 bulan khatam (8 x 1 x 30)
---------------------------------------------------------------------
Masa bacaan: (mengikut kebiasaan/tartil/keselesaan)
Jika:
1 baris = 6 saat ==> 1 muka = 90 saat (1.50 minit) ==> 1 juzuk = 30 minit
1 baris = 7 saat ==> 1 muka = 105 saat (1.75 minit) ==> 1 Juzuk = 35 minit
1 baris = 8 saat ==> 1 muka = 120 saat (2.00 minit) ==> 1 Juzuk = 40 minit
1 baris = 9 saat ==> 1 muka = 135 saat (2.25 minit) ==> 1 Juzuk = 45 minit
1 baris =10 saat ==> 1 muka = 150 saat (2.50 minit) ==> 1 Juzuk = 50 minit
1 baris =11 saat ==> 1 muka = 165 saat (2.75 minit) ==> 1 Juzuk = 55 minit
1 baris =12 saat ==> 1 muka = 180 saat (3.00 minit) ==> 1 Juzuk = 60 minit
-------------------------------------------------------------------------
Dengan bacaan satu hari:
1 Juzuk = Khatam (1 bulan:1 kali = setahun:12 kali = 2 tahun:24 kali)
1 Hizb = Khatam (2 bulan:1 kali = setahun:6 kali = 2 tahun:12 kali)
2 Maqra' = Khatam (4 bulan:1 kali = setahun:3 kali = 2 tahun:6 kali)
1 Maqra' = Khatam (8 bulan:1 kali = 2 tahun:3 kali)
-----------------------------------------
1 muka sehari = Khatam ( 5 tahun:3 kali)
0.5 muka sehari = Khatam (10 tahun:3 kali)
----------------------------------------------------------------------
mengambilkira kadar bacaan sederhana 2 minit ke 2.5 minit semuka:
1 Maqra' lebih kurang 2 1/2 muka = 5 minit
2 Maqra' lebih kurang 5 muka = 10 minit
Dengan perbandingan ini: maknanya dengan perbezaan masa 5 minit sehari seseorang yang istiqomah dengan bacaannya 2 maqra' (10 minit) sehari akan dapat mengkhatamkan bacaan al-quran dalam masa 4 bulan sahaja. Sedangkan yang memilih membaca 1 maqra'
(5 minit)akan mengkhatamkan bacaan al-qurannya hanya dalam tempoh 8 bulan.
Dengan perbezaan masa lebih kurang 5 minit sehari itu, bermakna, pembaca 1 maqra; sehari akan khatam al-quran sebanyak 3 kali sepanjang 2 tahun. Manakala pembaca yang melilih membaca 2 maqra' sehari pula akan dapat mengkhatam al-qurannya sebanyak 3 kali setahun!!!
10 minit sehari itu beratkah?! Kalau tidak mampu sekaligus 10 minit, jadikan dua bahagian yakni 5 minit siang (1 maqra' dan bakinya sebelah malam (1 maqra' lagi). Atau apakata setiap lepas solat fardhu baca satu muka!! samalah juga! Cuma ambil masa 2 minit saja!
Kaedah Penting: Jika tidak boleh lakukan semua jangan pulak ditinggalkan semuanya!!
Akhirnya: Bacalah al-Quran meskipun tanpa perancangan atau disiplin bila-bila saja, dimana-mana juga!!!
2 ulasan:
Menurut sistem kaedah Jibril Ustaz Ashraf (kaedahjibril.com) teknik menghafal elok bermula dengan juz 30 dahulu kemudian baru bermula dengan juz satu. Satu lagi ada satu hadis menyebut pesan Nabi saw kepada Saidina Ali kwj untuk kuatkan ingatan dengan melakukan solat 4 rakaat dengan dibaca surah Yasin, Ad Dukhan, As Sajdah dan Al Mulk satu surah utk setiap rakaat. Kaedah Jibril ni byk membantu dalam memudahkan hafazan bagi org zaman skrg. Harga RM45 je. CD akan dipost ke rumah.
mded : nice sharing
Catat Ulasan