Pagi tadi selepas selesai sesi tazkirah oleh ustaz Mahmud, aku nak kembali ke tempat duduk. (Oh ya, aku lupa nak cakap, aku dah selesai belajar iqra, kena buat pulut kuning ni). Hahaha. Aku lalu di depan penyambut tetamu, budak penyambut tetamu tegur aku, akak dah makan ke belum? Mehlah ambik roti ni haa, Yana (bukan nama sebenar) ada banyak. Akak kan cakap kita kena sedekah walau sebuku roti.
Akak dah makan biskut jam 7am tadi. Aku menolak dengan baik. Ambiklah, Yana nak kasi jugak. Akhirnya aku ambik, bukan sebuku tapi 2 buku roti. Sapalah nak makan ni, aku tanya dalam hati. Selepas ucap terima kasih, aku kembali ke tempat duduk. Baru je duduk, telefon kat meja berbunyi.
Aku pun jawab. Akakkk, jerit suara dalam phone, betullah cakap akak. Kalau kita sedekah dengan ikhlas, rezeki kita berganda. Aku kenal suara si pemanggil. Budak penyambut tetamu tadi.
Baguslah. Apa yang bergandanya? Aku bertanya penuh minat. Lepas akak pergi tadi ada kontraktor masuk dan kasi Yana sebungkus nasi lemak, kemudian datang pulak makcik pantry pun kasi Yana nasi bungkus. Padahal Yana dah ada bekal untuk makan tengahari kang. Jenuhlah Yana nak makan ni. Hahahaha. Dia sambung ketawa.
Aku pula yang ketawa mengekek. Dia cakap dahlah kuat, penuh perasaan pulak tu. Aku terbayangkan gayanya walaupun dia sedang bercakap di telefon. Aku kemudian menyambung ketawanya. So, moral of the story, sedekahlah walaupun separuh kurma. Kerana barangsiapa yang bersedekah Allah cakap rezekinya berganda. Sesungguhnya Allah tak pernah memungkiri janji. Aku berhenti ketawa dan berkata-kata.
Yelah kak, lepas ni Yana lebih excited nak bersedekah. Yana teringat cerita akak yang kat Syria tu orang-orang dewasa akan sentiasa ada stok roti, gula-gula untuk diberikan kepada kanak-kanak yang mereka jumpa di mana-mana. Yana nak buatlah macam tu. Memang rezeki Yana berganda pun, Yana ada 3 bungkus nasi, jenuhlah Yana nak makan semua. Ni nak kasi pada orang yang naklah. Mana mampu nak makan sampai 3 bungkus nasi ni.
Oklah kak, bye, kang sambung sembang dalam YM. Dia akhirnya meletakkan telefon. Tapi, aku belum letak. Aku terus mengucapkan syukur kerana Allah dah buka pintu hatinya untuk meneruskan niat sedekah walau hanya sebungkus nasi cuma.
Percayalah, Pencipta kita tidak pernah memungkiri janjiNya. Kita saja yang lalai dalam nak menuntut janji-janjiNya.
Terima kasih Ya Allah. Kerana sesungguhnya peristiwa ini juga membuka hati aku untuk terus bersedekah dan berkongsi rezeki yang Engkau beri. Syukran.
4 ulasan:
perbuatan yg baik terus Allah bagi ganjaran.. alhamdulillah :)
marina : itulahkan, ganjaran kat dunia dah best, apatah kat akhirat lagi bestkan :-)
insyaallah, jika kita amalkan sedekah yang ikhlas insyaallah nanti nampak kesan dan keberkatannya. insyaallah pasti allah gandakan rezeki dan usaha kita takkan sia-sia..banyak sangat allah cerita pasal sedakah dalam surah albaqarah khasnya.
alhamdulillah, ia tidak pernah mengecewakan saya. jika kita dalam kesusahan sedekahlah, jika kita mahu kaya pun amalkan sedekah. sedkah ni umpama satu pelaburan didunia apatah lagi akhirat.
tapi sedih juga sekarang ni banyak isu ORANG KAYA tak mahu sedekah. berlanja kepada harta dan kemahuan sendiri yang mungkin sebenarnya dalam kumpulan harta-harta mereka ada hak hak orang lain yang wajib ditunaikan. :(
RULZA : mmg ada org kaya yg mentaliti mcm tu
jenuhlah diaorg nak jawab esok di sana
Catat Ulasan