~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 18 November 2011

Azab bagi yang ponteng solat

Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang di dalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tidak lain adalah selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan solat semasa hidup mereka semata-mata.

Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama tujuh puluh tahun sehingga luruh seluruh daging mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.

Renungilah, betapa seksanya dan bukan kepalang sakitnya yang kita alami, pedih dan derita yang tiada hujungnya. bagi mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya.

Dari itu sedarlah kita daripada terus bergelumang dengan dosa-dosa. Selagi hayat masih di badan, sebelum tiba masanya kita dijemput oleh Allah, banyakkan lah bertaubat mohon ampun dari Nya dan banyakkanlah amal ibadat serta sentiasa mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT... Aminnn

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya rasa style bahasa perlu ditukar kepada yang lebih halus ketika mengutarakan hal agama..perkara suci perlu kepada kata kata yang suci..agak agak nabi saw berbahasa begitu ke??tq

Wanita Bertudung Hijau berkata...

anony : mgkn anda boleh tlg sy dlm menggunakan bahasa digunakan oleh baginda SAW