~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 21 November 2011

Cerita di kedai mamak

Masih dalam mood layu. Korang pernah tak baca entry ni ? Kalau belum baca, silakan baca sebab entry tersebut kerana ia berkaitan.

Pada sabtu malam, memandangkan suami aku nak beli selipar dan radio baru untuk ditempatkan di ofis barunya, kami decided pergi ke Up Town The Mines. Exactly aku tak tahu apa namanya, tapi aku panggil dia dengan nama sedemikian sebab mudah nak jelaskan pada semua orang. Kalau siapa belum pernah pergi, singgahlah cuci mata, berbaloi jugaklah. Ianya terletak betul-betul di seberang jalan shopping complex The Mines.

Setelah lebih 4x aku buat tawaf mengelilingi kawasan The Heritage dan yang sewaktu dengannya, akhirnya kami dapat jugak parking yang agak jauh dan tersorok di belakang bangunan. Tapi, kami tak kisah sebab boleh bersenam. Berjalan kaki kan baik untuk jantung. Kat ofis pun aku sanggup parking jauh atas niat nak exersises. Begitu juga dengan rumah aku, walaupun tingkat 12, aku sanggup naik tangga walaupun kemudahan lif disediakan. Kami berjalan berpegangan tangan masuk ke kawasan up town. Chewah, sajalah nak gedik cerita kat sini.

Setelah membelek selipar-selipar pilihan, akhirnya suami aku sambar sepasang selipar hijau - hitam atas kehendak aku. Akukan fanatik hijau. Kot mana pun selagi boleh, semua nak color hijau. Boleh gitu. Suami aku mengalah je walaupun asalnya dia nak pilih selipar color hitam. Aku cakap better ambil 2 color, lebih nampak elegant, kalau satu color nampak skema sangat, aku main belasah je kasi pendapat. Hahaha. Asalnya aku nak suami aku ambil hitam - merah, juga kombinasi color yang cantik, tapi tak ada pula size. Maka, hitam - hijau adalah muktamad.

Tak sempat nak cari radio kecil, hujan dah turun. Malas nak meredah hujan, kami terus ke kedai mamak yang bersebelahan dengan Up Town The Mines. Ni kali kedua kami singgah makan di situ. Ramainya orang, sebab ramai layan bola. Suami aku order maggi goreng, aku jadi confuse sekejap, sejak bila suami aku suka makan maggi? Dalam hutan pun belum tentu dia nak telan maggi tu, apatah dalam bandar yang bertamadun ni. Haaa, takkan mengidam pula. Wakakaka. Lantaklahkan. Janji kenyang udah.

Aku pulak sajalah order capati sebab aku rindukan capati air tangan sahabat baik aku yang sekarang dah sibuk dengan cucunya (baca dalam nada merajuk). Capati dia sangat sedap, sebab pernah dulu dia jadi maid di rumah orang Singh (betul ke eja) selama beberapa tahun sebelum dia berkahwin, so dia ambil peluang belajar buat capati. Sekarang ni dia dah ada 2 cucu (percaya tak, kawan aku ramai dalam golongan umur 40an ke 50-an sebab aku suka kawan orang yang berumur sedemikian, diaorang kan lebih dulu makan asam dan garam, maka banyaklah ilmu dan pengalaman, semoga aku pun bila dah berusia begitu, aku menjadi manusia sematang usia)

Berbalik kepada cerita di kedai kopi tadi, eh kedai mamak, sampai ke sudah capati aku tak sampai-sampai. Air teh tarik aku je sampai.  Makanan suami aku pula dah hampir habis, sebab aku suruh dia makan dulu jangan tunggu dish aku. Aku dah bersungut sebab lapar. Sudahnya suami aku suapkan aku makanan dia yang berbaki. Aku tak gamak pula nak habiskan, sudahnya aku cakap, jomlah balik, aku nak makan nasi kat rumah aje, lauk rendang daging siang tadi masih ada baki, nasi pun ada, aku nak makan tu je. Selesai bayar, kami pun pulang, sambil suami aku layan tv, aku layan nasi dan rendang daging buatan siang tadi. Alhamdulillah kenyang.

Rasanya ni pengalaman pertama aku di kedai mamak di mana aku berdepan dengan makanan yang aku order tak sampai-sampai. Aku malas nak komen lebih-lebih, tapi itulah, bak kata entry aku sebelum ni, kedai mamak tetap ada kelemahannya. Pilihan di tangan kita. Next time, aku tak nak makan di situ lagi. Menci tau.



2 ulasan:

Hidayatullah berkata...

wah sweetnye..

p/s: bersabarlah jiwa muda,wahai hidayatullah..hehe

Wanita Bertudung Hijau berkata...

hidayatullah : hehehe :-)