~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 14 November 2011

Hai Wanita - Bacalah

Pakaian 
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis / jarang, ketat / membentuk dan berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu. "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim

Sesungguhnya penghuni neraka yang paling ramai terdiri daripada wanita oleh itu, jagalah dirimu wahai wanita Dan pada kaum adam jagalah ibumu, isterimu, adik2 dan kakakmu jgn biarkan mereka terlali dek kecantikan dunia semata

2 ulasan:

kinakona berkata...

Moga Allah selamatkan seluruh kaum wanita drpd seksa api neraka. Amin..

p/s: bila tgk wanita yg tk pakai tdg rasa sedih,takut dan kasihan. Knp eh diorg tk pakai tdg sebenarnya? Tk nk? Tk suka? Panas? Tk cantik? Or whattt?? I don't know. Akak ada kengkwn kat opis yg tk pakai tdg? Tanyala,buat servey. Heh sambil2 bole dakwah.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

ank_ayah : saya dah tanya sblm-sblm ini, ramai yg jawab belum smp seru, separuh jawab belum ikhlas nak pakai, ada jawapan mengejutkan jawap kalau pakai tudung tak lawalah!

astagfirullah! tak sampai seru ke, belum ikhlas ke, tak lawa ke tu suruhan Allah, Pencipta kita, maka WAJIB patuhi tanpa sebarang alasan

mari kita doakan semoga mereka dapat taufik dan hidayah Allah,

sy juga takkan jemu dalam usaha dakwah saya :-)