Main ke main-main? Itulah ulasan pertama aku sebagai pengulas sukan yang tidak profesional semasa melangkah keluar dari Stadium Bukit Jalil setelah selesai menyaksikan perlawanan antara Malaysia dan Bahrain. Sebelum perlawanan berlangsung hujan agak lebat, begitulah juga keadaannya semasa perlawanan berkesudahan 3-2, mujur dah RAIN tak BAH, kalau tidak, entahlah.
Sekarang ni, aku baru sampai di rumah memandangkan tadi singgah sebentar makan malam di sebuah kedai berhampiran rumah aku. Rumah aku dan stadium tidaklah jauh sangat. Lagipun esok cuti, so tak ada apa nak buat, sajalah datang stadium memeriahkan majlis.
Setelah Malaysia mengusai perlawanan 2-0 ke atas Bahrain di awal pusingan pertama, aku sangkakan Malaysia akan menang perlawanan malam ni. Tapi ramalanku meleset sama sekali. Menurut suara-suara sumbang penyokong Malaysia, kalau Malaysia menang malam ni, ramai nak salahkan Fakri kerana Fakri tak diturunkanlah Malaysia boleh menang. Sehingga begitu sekali, hahahaha.
Walaupun alasan Malaysia kalah pada malam ni adalah kerana tiada penyerang hebat, tapi itu bukan satu alasan untuk tidak menguasai perlawanan setelah berjaya membolosi gawang gol lawan di awal perlawanan lagi. Ada juga mengatakan bahawa ketiadaan Nazmi di separuh masa kedua antara menyebabkan tiada gol susulan disumbangkan.
Walau apa pun, aku tetap bertegas nak tanya, korang main ke main-main wahai team Malaysia? Dahlah bermain di gelanggang sendiri, kekalahan ni dianggap langsung tidak bermaruah setelah korang baru sahaja menjuarai Sukan SEA yang baru sahaja berlalu.
Aku bukanlah pengulas sukan yang tersohor, tapi aku nak cakap aku kecewa sangat dengan cara korang mengawal rentak permainan pada malam ni. Aku ni bukanlah fanatik bola sepak walaupun sejak akhir-akhir ni aku banyak meluahkan rasa dan perasaan aku tentang dunia yang satu ini.
Setelah Bahrain menjaringkan 3 gol, ramai penyokong Malaysia dah angkat bontot berlalu keluar daripada stadiuam atas dasar kecewa sangat dengan corak permainan kalian. Bohonglah kalau aku nak kata aku tak rasa apa malam ni, yang pasti aku nak cakap aku rasa terkilan.
Apa pun tahniah pada kalian, jangan hanya main-main bertemu Jepun nanti. Ingat, main bukan main-main
p/s : Aku nampak Tomok tadi, tapi tak adalah pergi tangkap gambar dengan dia, sebab aku tidaklah fanatik artis buat masa ni.
Baik aku layan bantal daripada layan frust, ye tak?
Selamat tahun baru Islam, selamat buat penghijrahan kepada semua aku ucapkan, moga tahun baru Islam ni lebih baik daripada tahun lepas. Pada Harimau Malaya, juga selamat berjuang. Jangan hampakan kami penyokong setia anda. Anda masih mampu mengubahnya. Selamat malam.
4 ulasan:
Walaupun kalah tahniah juga sb gol 2 biji tu....akak belum pernah tgk bola di stadium, tak kuasa nk bersesak.
inilah yg dikatakan, bola itu bulat, macam2 boleh terjadi.. 6minit, 3 gol... fuhhhh...
mujur saya tak gi stadium.. kalau tidak, bertambah2 kecewa..
(",)
zanafahmi : hehehe, kitaorg masuk tak sesak, bila keluar je sesak sbb keluar serentak,tapi oklah jugak tgk kt stadium :-) cuma tgk kt stadium ni tak dpt tgk ulang tayang gol lah :-)
fuad : komen anda masuk dalam spam, saya baru je perasan :-)
itulah bola itu mmg betul, segalanya mgkn :-)
hahahaha, dahlah nak keluar dari stadium hujan lebat menggila, jem pulak tu :-)
Catat Ulasan