Assalamualaikum, hari ni hari jumaat yang mulia, tarikh hari ni pun cantik, 11/11/11. Ramai yang teruja dengan tarikh hari ni. Ramai nak cuba bersalin pada hari ni dan ramai nak berkahwin pada hari ni, semoga apa pun urusan kalian, harap dipermudahkan dunia dan akhirat.
Cuma, pagi tadi, semasa tazkirah yang berlangsung dalam suasana yang aman, hanya dihadiri oleh berapa kerat je staff (tazkirah ni tiada paksaan), maka ustaz menekankan mengenai muhasabah diri. Tak perlu orang lain dalam nak menilai diri kita, kita pun boleh muhasabah diri. Muhasabah ni maksudnya menghisab diri sendiri.
Sepatutnya setiap hari kita menghisab diri kita sendiri. Saidini Umar terkenal antara hamba Allah yang sentiasa menghisab dirinya sendiri sebelum tidur. Maka, kita ni yang terang lagi bersuluh banyak dosa ni sepatutnya meniru cara Saidina Umar. Jangan rasa selesa dengan kehidupan kita sehari-hari. Kita hidup di dunia ni bukan semata bangun tidur, kerja makan solat dan tidur sahaja. Banyak benda yang patut kita tambah dalam rutin kita sehari-hari.
Tambahkan solat sunat taubat, solat hajat, solat witir, puasa sunat, lebihkan membaca al quran, lebihkan bersedekah, sentiasa tunjukkan akhlak yang baik kerana kita membawa imej Islam, tapi ramai yang cukup selesa dengan diri masing-masing. Paling menyedihkan ramai yang terleka dengan aktiviti duniawi sahaja.
Jangan lupa, Allah akan tanya apa yang dah kita lakukan sepanjang kita hidup kat dunia, takkan kita nak jawab kita hanya makan dan minum dan hanya solat fardhu, puasa di bulan ramadhan, itu je? Ataupun alasan kita nak berlumba-lumba buat ibadat bila dah tua? itu pun kalau sempat merasai tua.
Semalam dalam radio IKIM fm slot Islam agamaku, tetamu jemputan ada memberi satu nasihat yang bermakna yang boleh kita ambil pengajaran. Ceritanya begini, katakan saya ingin memberi kepada kalian sebatang pen yang sangat cantik, tapi saya hanya memberi kepada kalian pen tersebut apabila baki dakwatnya yang dah hampi habis. Apakah perasaan kalian? Pastinya, anggapan pertama yang terlintas di hati kalian ialah saya tidak ikhlas bukan?, kata tetamu jemputan itu.
Begitu juga dengan diri kita. Kita ni hamba Allah, sebagai hamba takkan kita tunggu saki baki hari tua kita untuk beribadah pada Allah? Takkanlah masa tua kita tu kita baru nak berlumba buat amal dan kebajikan? Tak rasa malu ke dengan nikmat dan rahmat yang telah Allah kurniakan kepada kita?
Maka, jangan sia-siakan masa yang ada untuk tambah pahala, untuk gandakan ibadah. Masih belum terlambat untuk tanamkan azam tersebut, lagipun tahun baru makin hampir. Semoga kita menjadi muslim yang benar-benar bertakwa. Selamat tahun baru Islam!

2 ulasan:
Hanya 15 hari sahaja lagi 1432H akan kita tinggalkan. Entah sempat entahkan tidak untuk kita melangkahkan kaki ke hari yang seterusnya sedangkan bekalan tidak juga bertambah2. :(
akak : insyaallah, akan bertambah atas izin Allah jua :-)
Catat Ulasan