Mungkin pagi ni jiwa aku terjebak dengan monday blues kot, kemudian apabila membaca pula artikel tentang ini membuatkan mood aku begitu beremosi, dahlah sebelum tu dalam facebook aku tengok bendera Malaysia ditulis dengan kata-kata keji sebelum dibakar, dahlah sebelum itu banyak website Malaysia dihack oleh hacker daripada negara mentaliti kelas terbawah itu, kemudian baca laporan tadi menyebabkan aku berlarutan di serang oleh rasa bengang. Tapi, aku masih cuba mengawal perkataan aku. Sebab dah ada orang tak bernama sound aku begini dalam entry ini :
Anonymous said...
saya rasa style bahasa perlu ditukar kepada yang lebih halus ketika mengutarakan hal agama..perkara suci perlu kepada kata kata yang suci..agak agak nabi saw berbahasa begitu ke??tq
Aku pun tak tahu / tak perasan di mana perkataan / ayat aku yang buruk di matanya, apabila aku minta dia tampil memberi pertolongan / penjelasan, dia berdiam diri pula, so macam mana aku nak kesan di mana salah aku. Aku tidak pun berkecil hati langsung dengan teguran itu walaupun dia enggan menggunakan nama sebenar yang jelas aku anggap tidak profesional dalam nak menasihati aku, tapi aku nak juga tahu di mana salah aku supaya aku tidak ulanginya lagi di kemudian hari. Aku berbesar hati dengan teguran tersebut, tapi minta tolong jelaskan kesalahan aku ya. Minta tolong sangat. Kerana aku tetap manusia biasa. Kerana aku budak baru belajar. Sebenarnya aku sangat-sangat pasti kalau dalam blog orang lain, dah lama si Anonymous ni kena libas tanpa ada ruang langsung, betul tak? Atas tiket / atas alasan suka hatilah blog mereka, mereka nak tulis apa, betul tak?
Sebenarnya, ramai blogger di luar sana yang menguna pakai kata-kata kesat dan tidak sepatutnya dalam blog mereka. Ada yang menggunakan ayat-ayat kejian tersebut dalam menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadap orang sekeliling mereka, ada yang menggunakan untuk kutuk rakan blog lain, malah ada yang menghentam bos / rakan sekerja dalam blog mereka. Lebih menyedihkan, ada rakan blogger yang menggunakan kata cacian dalam niat nak menasihati blogger lain dalam hal yang melibatkan Islam. Menyedihkan.
Aku pun bukan menuding jari kepada mereka, cuma setakat ni aku perasan aku belum lagi pernah menggunakan perkataan tersebut kepada orang lain, melainkan ditujukan kepada diri sendiri. Tak percaya, cuba baca keseluruhan blog aku. Aku pernah cakap diri sendiri je bangang sebab aku pernah berada dalam zaman kejahilan. Tak percaya? Cubalah baca.
Setakat ni, aku masih waras dalam memilih perkataan dalam niat nak berkongsi ilmu dengan kawan-kawan. Tapi, mungkinlah, aku masih terlepas pandang dalam hal ini. Maknanya di sini, aku masih tak mampu nak puaskan hati semua pembaca. Entahlah, bantulah aku wahai kawan-kawan.
2 ulasan:
bagi saya pulak, no problem jek. saya follow blog ni pun sebab rasa bahasa yang digunakan 'dekat' dengan saya. seolah-olah macam bercakap dengan kawan rapat.
itu pandangan saya. :)
p/s: wah dah disable anonymous ya? hehe.
syuhadaadros : nama anda mcm nama rakan sy di sek men dulu, sy panggil di shasha, tiba2 rindu pulak pd dia sbb terputus hbgn, terima kasih sudi meninggalkan komen ya :-)
Catat Ulasan