~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 11 November 2011

Kisah : Suami Hodoh Dan Isteri Yang Cantik

Kutiplah pengajaran daripada cerita di bawah

Suatu ketika Imran Ibn Hiththan masuk menemui isterinya. (dan Allah mentakdirkan Imran ini menjadi seorang secara paras rupa tidak menarik. Wajahnya biasa-biasa saja, untuk tidak mengatakan hodoh- sementara tubuhnya pendek. Sedangkan isterinya adalah seorang wanita yang cantik rupawan dan tinggi lampai). Ketika ia masuk menjumpai isterinya, sang isteri sedang berhias.

Imran tak dapat menguasai dirinya... ... ia tertegun memandang sang isteri.

Sang isteri bertanya , "Ada apa dengan mu... .??"

"Demi Allah engkau semakin cantik saja setelah berhias," jawab Imran Maka sang isteri berkata, " Janganlah khuatir... .sebab engkau dan aku akan masuk syurga." Tak terkira betapa gembiranya Imran Ibn Hiththan mendengar ucapan sang isteri. Tetapi... .

"Dari mana engkau mengetahui hal itu.?" tanya Imran "Kerana engkau telah dikurniakan isteri seperti diriku lalu engkau bersyukur, dan aku dicuba dengan suami sepertimu, lalu aku bersabar. Dan orang yang bersyukur dan yang bersabar akan masuk syurga"

(ibnaty Al-Habibah, hal 22)

2 ulasan:

Hidayatullah berkata...

aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu.. sekiranya hilang agama darimu.. maka hilanglah cintaku pada mu-imam nawawi..

:)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

hidayatullah : itu cinta yg benar2 agung kan krn Allah Taala :-)