~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 9 November 2011

Sebuah Kisah Tentang Janggut

Di zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang berjanggut nipis atau jarang-jarang sekadar sehelai dua. Semasa beliau mengambil wuduk untuk bersembahyang di masjid, Rasulullah tersenyum dan memalingkan mukanya.

Sahabat itu pun merasa hairan dan dia menyangka Rasulullah s.a.w. senyum kerana janggutnya yang nipis itu dan memalingkan mukanya kerana tidak suka kepada janggutnya yang jarang itu.

Keesokkan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah s.a.w, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut…

Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda…

“Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini?”

Lalu Baginda menjawab..

” Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu di janggutmu wahai sahabat”…..

6 ulasan:

UMMI YL berkata...

subhanallah..

ustaz kazim pesan dalam ceramahnya...buatlah apa saja sunnah nabi, mana tau asbabnya kita beroleh syafaat nabi di padang masyar kelak..

mana tau dengan sebab janggut, pakai jubah, dan banyak lagi yang kecil-kecil hingga ke besar, sapa tau jadi sebab dapat syafaat...

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : itulah, kdg2 sunnah ni dipermainkan pula oleh org2 yg tidak mahu belajar agama :-)

Unknown berkata...

janggut banyak kelebihannya..hukumnya wajid,sunnah yg wajid/mustahap..sepakat 4 mazhab...

faedah janggut juga diperolehi oleh si isteri apabila punyai suami berjanggut...

Wanita Bertudung Hijau berkata...

anak pendang : hahaha betul tu

Tanpa Nama berkata...

http://youtu.be/oebah3RSbHg

Wanita Bertudung Hijau berkata...

anony : nnt sy tgk ye, skrg kat ofis x dpt nak tgk :-)