Assalamualaikum kawan-kawan. Hari ni hari jumaat. Kenalah kerja. Esok baru cuti. Kan ke best kalau cuti jatuh pada jumaat penghulu segala hari ni, bukannya jatuh pada hari Sabtu atau Ahad kan. Nikmat tau kalau dapat cuti pada hari jumaat, jemaah lelaki pun tentu suka, tak adalah nak terkejar-kejar Solat Jumaatlah, pastu nak sambung kerja semula. Cuba bayangkan kalau satu Malaysia bercuti hari jumaat, aku rasa banyak manfaatnya. Perghhh nikmatnya tidak terhingga. Ni pendapat peribadi aku je. Sebab pada hari jumaat banyak perkara sunat boleh dilakukan, moga dengan perkara sunat itulah menjadi penyelamat kita esok hari. Cubalah kerajaan bagi sekali cuti hari jumaat, tentu best. Cubalah kan rasa walau sekali nikmatnya itu. Tukang baca khutbah pun tidaklah terkejar-kejar sangat nak habiskan bacaannya, nak baca doa untuk Sultan lagi, khutbah lagi, solat lagi, semuanya nampak terkejar-kejar. Buat ibadah dalam keadaan terkejar-kejar ni dikhuatiri pahalanya kurang, tu je. Tapi, sekali lagi aku hanya nak cakap ni pendapat peribadi aku jelah. Lagipun kalau dilaksanakan cuti hari pada jumaat, tak adalah rugi sangat masa daripada 1230-230pm tu yang digunakan untuk solat Jumaat ye tak? Sekali lagi ditegaskan, ni pendapat peribadi aku je. Jemaah lelaki pun boleh berwangi-an dan selesa nak ke masjid. Bagi yang kerja kat tapak pembinaan, dengan bermandi peluh, minyak dan sebagainya nak terkejar ke masjid pula, mmmm....Ni pendapat peribadi aku je tau. Abaikan.
Yang aku nak cerita di sini bukanlah pasal hari jumaat. Tapi yang aku nak kongsi di sini adalah mengenai kekecohan yang berlaku dengan kemunculan manusia baru yang menghina Islam di dalam FB. Ramai penganut yang beragama Islam, ramai orang Melayu yang berbaka Islam mengamuk dan memberontak bagi menunjukkan rasa bengang kerana agama yang suci itu telah dihina.
Aku pun bila tengok, terang lagi bersuluhlah aku rasa marah. Tapi, apalah daya aku sebagai manusia yang lemah. Juga sebagai manusia yang jahil. Tapi bila jadi begini, aku selalu ingat pesan ustaz, ustaz kata sebenarnya musuh dalam Islam adalah orang Islam tu sendiri. So, better jangan tunding jari kepada orang lain, tapi salahkan diri sendiri.
Lihatlah Melayu yang beragama Islam sekarang yang mengamalkan Islam secara serpihan. Menutup aurat secara separuh-separuh, ada yang lebih menyakitkan pandangan mata, menutup aurat tapi seperti berkeadaan telanjang. Ada yang menutup aurat tak ikhlas sebab orang tua suruh. Ada yang langsung tidak mahu menutup aurat, bila ditempelak, jawabnya dosanya itu dia sendiri yang tanggung. Betapa angkuhnya dia, tak sedar ke dia batang tubuhnya itu sekadar pinjaman daripada Allah Yang Maha Esa.
Belum masuk bab ibadah. Solat fardhunya sentiasa dilengahkan. Tak sedar ke bawah melengahkan solat fardhu juga akan dihisab tak kiralah atas alasan apa sekalipun. Kerana sesungguhnya Allah itu Maha Penghisab.
Belum masuk perkara melibatkan akhlak. Orang Melayu beragama Islam ramai yang merogol anak dan cucu sendiri. Ramai belia Islam yang masuk penjara disebabkan dadah. Ramai juga yang menjadi pencuri / perompak bersiri.
Betapa Islam akhir zaman ni sangat tempang. Di manakah salahnya? Tundinglah jari kepada diri sendiri. Aku pun tunding jari pada diri sendiri. Meraung nabi kalau baginda tengok umat akhir zaman dia begini. Saat aku menulis entry ni, aku sedang menangis. Tapi pedulikan tangisan aku, kerana aku juga bersalah kerana masih tak mampu berdakwah secara sempurna. Segala nasihat aku jarang dipedulikan.
Aku belum masuk akhlak anak terhadap ibu bapa lagi. Ramai ibu bapa didera, dipukul, dibiarkan oleh anak kandung mereka sendiri. Ramai ibu bapa terpaksa menghabiskan sisa hidup mereka di rumah orang tua. Adakah nasib kita esok akan sama seperti mereka?
Apabila imej Islam tercemar dek perbuatan orang Islam sendiri, maka aku tak rasa kita perlu salahkan bangsa lain yang cuba nak mencemarkan Islam itu sendiri, kerana imej Islam dah dihitamkan oleh penganutnya sendiri.
Ustaz pernah cakap, sampaikanlah dakwah walaupun sekadar satu ayat. Ilmu sikit cara ilmu sikit, ilmu banyak cara ilmu banyak. Tak perlu cari orang lain untuk sampaikan dakwah, tapi mulakan dengan keluarga sendiri, anak isteri dll. Ustaz kata lagi, ada ulamak pernah cakap sekiranya kita tak berusaha dalam kerja dakwah, Nabi takkan mengaku umat. Apabila nabi tak mengaku umat, syafaat Nabi kat akhirat esok kita takkan perolehi.
Marilah kita belajar usaha dakwah ni bersama-sama. Moga generasi Islam yang akan datang tidak akan tercemar lagi dengan perbuatan kita sendiri. Musuh kita sebenarnya adalah diri sendiri dalam melawan nafsu dan syaitan. Marilah kawan-kawan, kita amalkan usaha dakwah ni. Perkara ni janganlah dianggap remeh kerana impaknya sangat besar sekiranya kita sama-sama berganding bahu.
Gunakan medium blog, FB, dll dalam usaha dakwah kita. Teknologi kita sangat maju, jangan salah gunakannya. Sebaliknya, gunakanlah ianya ke arah menambahkan koleksi pahala. Usia kita sebenarnya bukan makin bertambah, tapi berkurangan kerana bila-bila sahaja kita akan mati.
Moga ada manfaatnya.
Maaflah kalau ada perkataan yang tak sesuai telah aku gunakan. Aku tetap manusia biasa yang masih belajar apa itu Islam yang sejati. Tegur dan bimbinglah aku sekiranya aku tersasar daripada landasan yang sebenar. Aku nak sambung nangis.
5 ulasan:
"nasib baik saya berjumpa dengan Islam dahulu.. bukan dengan orang Islam"- lebih kurang kata Yusuf islam.. saya la yg jd fitnah agama.. yg indah jadi hodoh..
hidayatullah : hehehe, betul kata yusuf islam tu :-)
InsyaAllah akan tiba masanya..
Pahala jadi rebutan
Dosa tidak dipandang ringan.
betullah, salahkan diri kita kerana imej Islam tercemar, kita tak menjaga Islam hingga ke tahap maksima
school of tots : insyaallah, mari kita doakan :-)
norsha : :-) mari kita bertindak :-)
Catat Ulasan