~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 6 Jun 2011

Seimbangkan dunia dan akhirat? Betul ke?

Menerusi YM, pagi tadi kawan aku cakap, seimbangkanlah dunia dan akhirat. Aku tiba-tiba teringat cerita Syurga Cinta yang aku tengok melalui kaedah dowload tahun lepas rasanya. Dalam filem itu ada skrip yang mengatakan demikian. Seimbangkan dunia dan akhirat.

Aku tak nak tujukan entry ni pada orang lain. Aku nak tunding jari pada diri sendiri. Aku cuba mengitung dosa dan pahala yang aku buat sejak aku wujud kat dunia ni. Dan cuba kira samada mana satu yang lebih berat? Dosa atau pahala timbangan yang lebih berat?

Sebelum orang lain jawab, aku cepat-cepat nak jawab. Aku banyak dosa. Dan aku sangat-sangat pasti. Aku tak malu nak mengaku. Sebab aku telus. Aku cuba menghitung dosa-dosa aku pulak. Kalau dikenang zaman jahiliah aku, berapa kerap aku lengahkan solat? Ni pun dah termasuk dalam membuat dosakan. Tetap kena azab. Belum masuk dosa lain samada aku sedar atau tidak. Belum masuk bab tutup aurat secara tidak sempurna.

Maka, aku pun cakaplah pada kawan aku tadi. Aku rasa ungkapan dia bukanlah salah, cuma kurang tepat. Pendapat aku yang jahil, semua orang sedia maklum akhirat adalah yang kekal abadi. Akhirat selamanya. Dunia ni hanya sementara. Maka, semua orang wajar mengejar pahala untuk masuk syurga.

Maka, aku kata lagi, sekiranya seimbangkan dunia dan akhirat, takut kecundang kang masa sesi timbangan neraca tu. Kecualilah korang dah yakin sangat pahala korang 'beribu-ribu lemon'. Bolehlah seimbangkan dunia dan akhirat. Macam ulamak, diaorang dah banyak pahala, barangkali bolehlah diaorang nak seimbangkan dunia dan akhirat. Kalau aku buat macam tu, pasti dosa aku lebih banyak daripada pahala.

Lagipun kata aku, kita tak tahu bila kita akan mati, so, adakah pahala terkumpul nanti melebihi dosa yang dilakukan sebelum menutup mata? Dan kita tak tahu bilakah kita akan sakit, takut kang semasa sakit tu, kita tak mampu langsung dalam nak menambah pahala, memanglah sakit itu penghapus dosa, tapi kalau kita tak reda dengan sakit kita, siap komplen bagai, adakah kita akan memperolehi pahala berganda?

Aku bimbang sekiranya orang kata aku menolak duniawi. Aku bukan menolak, tapi aku rasa dengan keadaan aku sekarang, aku patut lebihkan urusan akhirat, bukan duniawi. Aku kan banyak dosa. Aku menjelaskan maksud aku itu pada kawan aku tadi. Terpulanglah pada dia sekiranya nak seimbangkan dunia dan akhirat.



2 ulasan:

gadisBunga™ berkata...

banyak org yg pandang gitu2 kat org yg lebihkan akhirat ni.

yg penting pandangan Allah tu ha...betul tak?

Wanita Bertudung Hijau berkata...

GB : btul tu, akhir zaman ni Islam dipandang serong, walhal akhirat yg hakiki :-)