~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 17 Jun 2011

Aku mimpi kiamat datang

Semalam, selepas isyak, aku menonton tv bersama suami di ruang tamu. Dalam tak sedar aku tertidur, dalam 9 lebih rasanya. Aku dikejutkan oleh suami aku jam 2.30am suruh aku tidur di dalam bilik. Rupanya suami aku turut terlelap di depan tv. Hahaha

Kami masuk bilik dan sambung tidur. Tak lama kemudian aku mimpi hari kiamat datang. Aku tak dapat nak gambarkan macam mana di sini sebab aku tak pandai nak menyusun ayat. Tiba di ofis, cepat-cepat aku tanya lebai google. Dan ini hasilnya

158. Mimpi mengalami hari kiamat : Akan terlepas dari mara bahaya dan akan mendapat sukacita.

Aku dapat sumber daripada sini

Kalau benar bagai di kata alangkah seronoknya hati aku bukan kepalang. Macam mana sekalipun aku kena bersyukur, aku masih diberi peluang dan ruang untuk hidup di dunia ini.

Syukur, ingatkan aku dah di alam barzah.

Aku tetap ambik secara positif, Allah nak aku lebihkan amal ibadah ni, hari ni kan hari jumaat yang mulia

Mari bertaubat berjemaah.