~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 14 Jun 2011

Email daripada penyokong fanatik PAS untuk menghentam aku.

(Aku sangkakan sesi perdebatan dah berakhir, sebab aku dah malas nak layan, rupanya aku berterusan di hentam oleh beliau ke email aku) cerita sebelum ni ada di sini. Aku langsung tak edit apa yang dihentamnya. Aku nak berkongsi di sini supaya kita sama-sama mengambil iktibar. Yang buruk jangan ikut, yang baik jangan tak ikut pula.

Assalamualaikum. Sori lmbat balas last week baru balik dr Sabah n macam2 urusan lagi. Sunnah kata ulama ada yang wajib ada yang sunat. Kalo ustaz kata sunnah wajib diikut maknanya ustaz yg awak dengar tu sesat la. Sebab kalo nak ikut sumer sunnah tu wajib maknanya hampir semua umat Islam masuk neraka termasuk la awak. Sebab memanah sunnah nabi, naik kuda sunnah nabi, berenang pun sunnah nabi, Ada ke semua ummat islam tau n wat bnda2 tu? Sunnah ni ape benda segala yang nabi buat. X pernah ada satu nas atau hadis pn yang mewajibkan sunnah. Kalo ada tolong bagi kat saya.

Solat jemaah ni ada KHILAF( perbezaan pendapat) antara ulama2 muktabar. Ada yang kata Fardhu Ain. Ada yang kata Fardhu Kifayah. Tau ke ape beza Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah? Fardhu ain adalah perkara wajib yang dibuat oleh sumer umat islam atau perseorangan. Contohnya kalo dalam rumah tu ada sorang je kendian orang luar bagi salam, orang kata dalam WAJIB/Fardhu ain dia untuk jawab. Kalo fardhu kifayah pulak wajib ke atas sebahagian umat islam di satu2 tempat tu. Contohnya kalo dalam rumah ada lapan orang, seorang je yg wajib jawab salam yang lain x wajib dah. Bila khilaf da xde ijmak ulama (kesepakatan ulama) maknanya kita bleh ikut mana2 pendapat. Cuma pendapat yang berat adalah kalo kita berterusan x sembahyang berjemaah, memang berdosa besar la tu x saya nafikan. Kalo boleh datang la skali skala mengimarahkan Rumah Allah bagi orang lelaki. Kalo pompuan x digalakkan solat jemaah kat Masjid. Lebih utama duk rumah jaga keperluan suami dan anak2. Fadhilat nya tetap sama ngan laki yang solat jemaah kat surau/masjid.

PAS lemah sebab ramai sangat orang islam dalam Malaysia ni jahil2. Tidak tau mana pihak yang wajib disokong dan ape tindakan patut kita buat. Kalo nak tunggu orang PAS 100% sempurna Islamnya memang sampai kiamat pun PAS xkan menang. Sedangkan zaman Nabi s.a.w pun ada Abdullah Ubay si bapak munafiq so xkan la sebab Sekor setan macam tu kita nak tolak Rasulullah s.a.w. Kalo nak kata PAS kalah sebab bukan dipihak yang benar maknanya awak jenis x baca sejarah dan perkembangan dunia. Islam x selalunya menang secara zahir TAPI di sisi Allah kita sentiasa menang. Abis tu pejuang2 Cechen sampai sekarang berjuang x menang2 maksudnya perjuangan diorg salah disisi Islam? Mati diorg x syahid? Dah berapa lama diorang berjuang dengan Russia x menang smpai sekarang. Kalo nak PAs memerintah dan laksanakan hukum hudud, sokong la PAS. Bagi saya nak tggu orang PAS perfect la takut DAP perintah la tu semua alasan. Bak kata orang nak seribu daya x nak seribu dalih. Awak jgak yg pernah cakap dulu.

Kesimpulannya gini, kita rakyat Malaysia yang terpaksa gunakan sistem demokrasi untuk tegakkan hukum Allah. Caranya dengan mengundi. Kalo x mengundi cane nak menangkan orang yang nak tegakkan Islam? Dan bila awak x mengundi sebenarnya awak membiarkan Kerajaan yang zalim, yang lawan Islam, hina hudud berkuasa. So ape hukum yg jatuh kat awk? Sama la bersubahat ngan Umno. Kalo gitu baik awk tukar agama, buat maksiat sana sini sebab orang yang tolak walau satu ayat Al-Quran dan tidak bertaubat, Kuffur hukumnya. Dah kalo sokong (Walaupun secara x langsung) orang yg tolak hudud, Islam lagi ke awak? Ni memang saya dengar dari Nik Aziz, Ustaz Azhar Idrus dan ramai lagi. Kalo x percaya tanya la sendiri, x pun dengar ceramah2 diorang baru terbukak minda tu.

Oklah ape2 ada x paham lagi, nak debat lagi u r most welcomed ;) Kalo boleh jangan nak guna hujah sama bawak hujah baru baru la syok. Saya harap awk bleh jawab hujah2 saya ni satu2. Jangan lari dari tajuk. Nak belajar agama bagus tapi tolong pilih2 sket. Skang ni kata Malaysia banyak ajaran2 x betul macam Wahabi, Syiah dan sebagainya. Kalo basic agama awk kuat insyaallah awk dapat tangkap ape yang x betul dalam ajaran diorg. Please la, bg nama Ustaz mana yang cakap buat sunnah nabi tu wajib?? Apa2 pun selamat mendalami ilmu agama. Ape2 teguran saya anggap la nasihat kerana saya nak bagi tau ape yang benar. Awak nak ikut atau x nak sukati ler. Yang penting jangan jadi penyebar ajaran2 mengarut plak dh.
 
P/S : aku dah tak reply email ni, sebab pada aku berdebat perkara yang baik pun Allah larang, maka aku wajar tak reply, bukan bermakna aku kehabisan point. Lagipun, berdebat sebegini boleh menambahkan dosa pada aku, dan lebih baik aku gunakan masa yang ada untuk tambahkan iman.
 
Di sini, dah nampak 'true color' dia. Mungkin sebab tu aku tak reply. Wajarkah aku rasa sakit hati dengan tindakan kawan baik sendiri menghentam aku hanya kerana parti politik? Wajar, tapi aku buang jauh-jauh rasa sakit hati tu sebab pada aku melayan sakit hati dengan perkara yang sia-sia adalah tidak berbaloi
 
Ada sapa nak tambah? Aku tak kata semua hujahnya salah, dan aku tak kata aku betul segalanya.

9 ulasan:

UMMI YL berkata...

kadang tak faham kenapa orang suka nak berdebat perkara yang remeh temeh..sampaikan sakit menyakiti hati orang lain. kalau dah rasa kita salah, ckp macam mana pun tetap depa tak caya..yess, stop the debate adalah yang paling baik.

UMMI YL berkata...

lagi satu, seharusnya teguran disampaikan dengan perkataan yang baik jangan merendahkan orang lain. manusia masing2 ada yang silap..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : terang lg bersuluh, nabi dah pesan, kalau sygkan nabi, ikut cara nabi, ni point paling kukuh, tp sy dah mls nak debat

dan lagi, kalau beginilah cara beliau berdakwah, confirm sapa2 pun takkan ikut :-)

Abdullah_m.e. berkata...

nah maduhu wanusolli wanusallimu a`la rasulihil kariim..Ammabad`,berkenaan dengan politik,

politik di malaysia langit dan bumi bezanya berbanding dengan jalan politik di zaman Nabi S.A.W.

kepada rakan seusaha,khususnya didalam usaha da`wah dan tabligh,janganlah kita menolak politk,kerana ianya juga termasuk didalam sirah nubuwwah.cuma politik zaman sekarang yang tidak benar,politik yang dianjurkan Nabi S.A.W itulah yang benar.

Hazrat Shehikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahmatullahi A`laih menulis di dalam kitab "Al-Etidaal Fe Maraatibur-Rijaal'(politik di dalam islam)
bahawa sememangnya terdapat khilaf pendapat tentang politik di dalam islam terutamanya di kalangan para ulama`.cuma kita tidak digalakkan berdebat sebagai orang awam yang cetek pengetahuan,dan Hazrat Maulana berkata perlu kita merujuk kepada alim ulama yang faqih di dalam menentukan perlu kita menyokong parti politik atau tidak yang brgantung kepada situasi masa tersebut,wallahu`alam.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

mohd_efendie : sy suka komen saudara

sy pun x suka berbalah, dan sbb tu sy hny diamkan diri

RuMaH TuA berkata...

Kesusahan dalam berdakwah pun sunnah Rasulullah juga...
(^-^)

Diam itu lebih baik.

Unknown berkata...

Cara berbalah yang terbaik ialah...........diamkan diri.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

hairul : betul tu, sy memang mendiamkan diri je

anony berkata...

cara mendiamkannya dengan tidak menceritakan lagi termasuk mendelete terbitan post ni. syor.