Aku baru je lepas keluar daripada surau, dengar kuliah zohor. Ustaz hari ni bukan ustaz favourite aku. Tapi, aku tetap hadiri dengan penuh bersemangat, sebab aku nak kumpul pahala menghadiri majlis ilmu yang turut dihadiri oleh malaikat.
Oh ya, aku akan kategorikan ustaz favourite aku sekiranya dia mampu buat aku ketawa semasa kuliahnya berlangsung. Apabila ketawa, mengantuk secara automatiknya hilang. Walaupun ustaz tadi tak mampu buat aku ketawa, tapi dia berjaya buatkan aku tak merasa bosan sepanjang hampir sejam mendengar ceramahnya. Malah, sebenarnya dia lebih berjaya daripada ustaz yang lain, iaitu mampu membuatkan air mata aku meleleh.
Kuliah hari ni ustaz lebih tekankan tentang sifat kasih sayang yang perlu kita utamakan adalah terhadap Allah dan Rasul melebihi terhadap makhluk lain. Maka, kalau dah cakap kita ni kasih dan sayangkan Allah dan Rasul, maka kita perlu tunjukkan kasih sayang itu. Sebatikan nama Allah dan Rasul di hati kita. Buat apa yang disuruh, tinggalkan apa yang dilarangnya.
Ada 1 hadis nabi, ustaz kata, esok bila kita dalam kubur, malaikat akan datang dan buat satu tayangan seorang manusia dan suruh kita jawab siapakah manusia itu? Sebenarnya manusia itu adalah baginda Rasullullah SAW. Tapi kalau kita bukan termasuk dalam golongan manusia yang sayangkan Allah dan Rasul, kita takkan mampu jawab soalan yang amat senang itu. Soalan bocor pun tak mampu jawab. Ishhh.
Maka, apa yang berlaku, kita akan diseksa oleh malaikat dan sekalian alam akan mendengar jeritan kita yang sangat-sangat kuat meruntun jiwa tadi kecuali manusia. Bayangkan betapa dashyatnya jeritan itu sehingga Nabi pernah cakap, kalau baginda meminta pada Allah supaya kita manusia ni mampu mendengarnya, pasti tiada siapa akan sanggup ziarahi kubur, tiada siapa yang sanggup menguruskan jenazah, sebab ketakutan yang maksima. Mayat akan bergelimpangan begitu sahaja. Maka, Nabi tidak memohon doa itu.
Bayangkan, itu baru satu soalan. Persoalannya, yang terkena batang hidung aku sendiri, sejauh mana aku tunjukkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasul? Sebenarnya soalan ini kebetulan aku ada bertanya seseorang kawan melalui YM pagi semalam, tapi sampai hari ni dia tak menjawab dengan tepat, apa yang dikatanya hanyalah bergantung kepada individu. Jawapan yang sangat global.
Bagaimana kalian menunjukkan rasa cinta yang sejati kepada Allah dan Rasul? Aku sampai hari ni masih tak mampu nak ikut semua sunnah Nabi. Betapa tipisnya iman aku.
Aku tak mahu kena azab.
2 ulasan:
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Syukur Alhamdulillah.. sekadar perkongsian..
1. selawat..
ada barakah amat besar dalam selawat yang ikhlas
>> http://www.mediafire.com/?yjlmvozoynf
2. mantapkan solat
penjelasan mendalam melalui kitab Minyatul Musolli (kuliah 1 - 27)
>> http://www.mediafire.com/?nesh7sb6hnj9p
bersama2 ke arah kebaikan dunia dan akhirat..
mded : terima kasih
Catat Ulasan