~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 27 Jun 2011

Semangat yang hilang

Assalamualaikum. Bismillah

Bulan June beberapa hari lagi akan meninggalkan kita. Sekejap je dah setengah tahun berlalu. Ishhh, aku masih tak percaya sebenarnya ni.

Sarapan apa kawan-kawan? Aku teringin benar nak makan nasi lemak. Tapi, aku malas nak beli, kang makan tak habis. Membazirkan makanan kang, Allah tak berkati rezeki kita. So, aku beli kuih je dua biji, RM1. Oklah lapik perut sehingga tengahari kang.

Dalam unit aku, 2 orang MC. Dalam department aku, rasanya dalam 5 orang ambil MC. Mungkin sindrom hari Isnin kot. Aku cuba bersangka baik, lagipun hujan selebat-lebat alam sejak sebelum Subuh tadi. Hujan rahmat. Salah satu doa yang mustajab adalah semasa hujan, mari berdoa sebanyak mungkin.

So, department aku agak sunyi. Tukang kecohnya tiada. Kebetulan ada yang berpuasa sunat Rejab / berpuasa ganti. Maka, sunyinya bertambah-tambah.

Aku tiba-tiba hilang mood nak bekerja di sini. Aku tak tahu kenapa. Tapi, aku sayangkan company ni. Banyak perkara baru aku belajar. Lagipun aku boleh attend kuliah zohor. Sesi tambahkan ilmu dan pahala. Aku sangat selesa di sini.

Mungkin dah tiba masanya aku buat penghijrahan. Mungkin, rezeki aku di tempat lain? Kalau ya, alhamdulillah, tak perlu aku keluar rumah seawal 620am lagi.

Aku tak kisah bangun seawal 5am lebih. Aku tak kisah tiba awal di ofis seawal 7am sebab nak elak jem yang melampau. Tapi, kadang-kadang aku dapat dosa kering dok menyumpah orang yang bawak terhegeh-hegeh di fast lane. Astagfirullah. Aku banyak dosa di sini.

Dalam nak mengejar pahala, aku membuat dosa. Ya Allah, ampunkan aku. Doakan aku agar ada rezeki di tempat lain. Doakan