Antaranya ialah :-)
1.DASIM - dikatakan anak emas Iblis laknatullah, kerana Dasim dan seluruh kerajaannya berperanan memutuskan ikatan perkahwinan.Iblis sangat benci dan dengki setiap kali melihat pasangan lelaki dan wanita yang dikijabkabulkan. Kerjanya menghuru harakan rumah tangga orang mendatang benci dan marah antara suami dan isteri sehingga talak dijatuhkan, ketawalah si Dasim dan inilah puncak kegemilangan dan kemenangannya.
2. AL_A’WAR - membentuk dan memudahkan laluan zina serta keruntuhan moral ialah tugasnya. Iblis gembira dengan berleluasanya zina dan kelahiran anak-anak luar nikah, kerana itu petanda keturunan Adam as pincang.
3. MASWATH - Anak Iblis ini merupakan pakar dalam menipu. Dia dan pengikutnya sentiasa membisikkan fitnah, khabar angin dan penipuan sehingga tersebar luas dalam kelompok manusia. Permusuhan dan sangka buruk sesama manusia merupakan matlamat hidupnya.
4. ZALNABUR - Si terkutuk ni dan kakitangannya pula berkeliaran menghasut manusia hingga tercetusnya caci maki, pertengkaran dan pembunuhan. Pusat operasinya adalah di tempat2 tumpuan orangramai seperti di pusat membeli belah, pasaraya dan sbgnya.
5. TSABA - Geng syaitan ini pula memburu orang yang ditimpa musibah atau masalah. Mangsa banjir, tanah runtuh, mangsa rogol mahupun mereka nyang kematian orang yang tersayang termasuk dalam senarai ‘most wanted’ Tsaba. Mempraktikkan strategi yang menimbulkan buruk sangka terhadap Allah SWT. Manusia yang terpedaya akan mengeluh atas takdir diri dan menyalahkan Allah SWT atas semua yang terjadi.
6. KHINZIB - Geng ni ganggu kita solat, ganggu kekusyukan kita dalam nak bersolat, ganggu kita supaya lalai dalam solat, leka dalam solat, ganggu kita supaya kita sentiasa rasa was-was dalam bersolat.
0 ulasan:
Catat Ulasan