Assalamualaikum. Aku bersyukur masih hidup. Masih diberi peluang dan ruang untuk bernafas. Masih diberi peluang dan ruang untuk mengejar pahala. Masih diberikan kesihatan dan kelapangan rezeki. Alhamdulillah. Aku berharap jumaat ni bukan jumaat yang terakhir.
Sebelum ni, aku pernah membebel di sini. Aku rasa aku nak membebel lagi kot. Bebelan ni untuk aku jugak. Bebelan ni dalam niat nak berdakwah. Kalau sebelum ni, aku ada cerita suruh berzikir sebanyak mungkin, basahkan lidah dengan berzikir, tak kiralah di mana, dalam lif, semasa menikmati sarapan, makan tengah hari, semasa memandu, memasak, (semasa tengok bola sepak Malaysia vs Lebanon ke), semasa berjalan, semasa mop lantai, semasa nak tidur pun dll.
Bukan apa, kalau boleh, setkan dalam hati, dalam segala hal kita cuba nak dapatkan pahala. Dalam segala hal, kita nak kejar pahala. Semasa memandu misalnya, pakai selt belt pun dapat pahala kalau niat ikut sunnah nabi. Safety first kan sunnah nabi. Kemudian berzikirlah dalam hati, itu lebih afdal, daripada menyumpah kereta sekeliling yang memandu terhegeh-hegeh di fast lane kan. Hahaha.
Contohnya semasa memasak, selain dapat keberkatan dalam makanan yang kita dok telan, dapat pahala jugakkan. Semasa kerja, sambil buat kerja, sambil menaip, selang selikanlah dengan berzikir, berselawat, bukan apa, kita tak tahu kita ni akan mati bila, buatnya mati serangan jantung macam mana? Sekurang-kurangnya kalau mati tengah berzikir kan afdal. Kerja kita pun diberkati insyaallah.
Selain berzikir, banyakkan solat sunat. Seperti solat sunat taubat. Kita ni banyak dosa. Dosa kecil dosa besar. Juga dosa yang kita terlepas pandang. Allah kan Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Berdoalah semoga kita dapat keampunanNya.
Selain solat sunat taubat, lebihkan juga solat sunat hajat. Ustaz selalu pesan, jangan nak tunggu ada hajat baru solat hajat. Tapi, aku rasa setiap hari kita sentiasa mempunyai hajat. Aku rasalah. Tak tahulah pada orang lain. Tapikan, sebagai orang Islam, semua berhajat nak masuk syurga. Maka, hari-hari buatlah solat hajat mohon untuk masuk syurga (kalau dah tak de sangat hajat lain kan).
Sebenarnya, kita ni, mentaliti orang Melayu berbaka Islam, nak tunggu masa lapang baru nak buat ibadah. Tolonglah ubah mentaliti ini. Percayalah cakap aku, bila dah niat macam tu, syaitan pasti akan sentiasa sibukkan kita. Kalau kita ada masa lapang sekali pun, masa tu syaitan pasti akan menghasut kita supaya menangguhkan ibadah lain ke pada masa lain. Betul tak? Maka, belajarlah menghargai masa yang ada dalam nak mengejar pahala.
Dahlah kematian sentiasa mengejar kita, tolak masa tidur, tolak 8-9 jam masa di ofis, tolak masa makan, tolak tolak tolak tolak, ada berapa banyak sangat masa untuk kita kumpul pahala. Janganlah tunggu masa yang lapang.
Dahlah kematian sentiasa mengejar kita, tolak masa tidur, tolak 8-9 jam masa di ofis, tolak masa makan, tolak tolak tolak tolak, ada berapa banyak sangat masa untuk kita kumpul pahala. Janganlah tunggu masa yang lapang.
0 ulasan:
Catat Ulasan