Akhir zaman ni apa yang aku perhatikan ramai yang pandang negatif pada agama Islam. Dan lebih ramai yang pandang negatif pada orang Melayu yang beragama Islam. Puncanya, tak perlulah aku nak kupas atau huraikan. Banyak perkara dan kejadian yang menyebabkan kita umat akhir zaman di pandang serong di mata bangsa lain.
Dan yang lebih menyedihkan aku, umat Islam sendiri makin menjauhkan Islam. Jauh dan jauh. Islam dikatakan menyusahkan. Islam dikatakan sangat complicated. Undang-undang dalam Islam diperkotak-katikkan. Cara hidup Islam semakin dilupakan dan terhapus di telan arus kemodenan.
Akhir zaman, baginda Rasullullah SAW dah cakap, Islam hanya tinggal pada nama. Tapi, cara hidup dah lebih kepada budaya barat yang konon lebih sempurna dan moden. Islam hanya diraikan pada hari perayaan, kenduri kendara atau majlis-majlis tertentu.
Al Quran hanya tinggal tulisan. Sekali pun ada yang masih sudi membacanya, tapi tidak mengamalkan apa yang tersirat dan tersurat di dalamnya. Buktinya, banyak perkara berbangkit tidak diselesaikan mengikut acuan Al Quran. Contoh mudah yang aku ambil iaitu kerajaan cuba nak menyelesaikan masalah buang bayi mengikut cara barat, walhal di barat keruntuhan moral dan akhlak remaja mereka berada di statistik yang paling tinggi. Tapi masih nak minta pandangan dari mereka. Rosak. Rosak.
Baginda Rasullullah SAW dah pesan, ikutlah aku dan ikutlah al Quran nescaya kamu tidak akan sesat. Lebih kuranglah maksud baginda. Tapi, ada ke kita ikut? Sekiranya segala masalah di selesaikan dengan cara berpandukan al quran, insyaallah Allah akan keluarkan kita daripada kesempitan tersebut. Allah dah janjikan. Dan Allah tak pernah memungkiri janji.
Marilah kita berdoa supaya kita diberi taufik dan hidayah yang berterusan. Supaya kita tidak terpesong, supaya kita hidup dan mati di atas landasan Islam yang sebenar. Supaya kita mati dalam iman. Aku sentiasa ingatkan diri aku. Aku sentiasa takut sekiranya iman aku berkurangan. Aku cuba nak menjaga iman. Aku cuba nak meningkatkan iman. Aku cuba nak mengejar pahala.
Tapi, banyak tapinya. Sekeliling aku, sekitar aku, dugaan sangat-sangat kuat. Syaitan sentiasa menghasut aku. Syaitan ini tak pernah ada rasa putus asa. Dia sentiasa ada idea dalam nak menghasut aku. Dia sentiasa mencuba idea yang efisyen dan segar. Aku sakit hati betul dengan syaitan ini. Musuh aku yang terang lagi bersuluh.
Ya Allah bantu aku agar dalam nak menambahkan iman di dada.
P/S : Aku nak masuk syurga tanpa hisab.
0 ulasan:
Catat Ulasan