~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 22 Jun 2011

BORING kah anda?

Boring? Apa kata berzikir? Baca al quran. Solat sunat. Ni adalah idea aku setelah aku sering dihujani dalam YM dengan satu istilah iaitu BORING.

Aku rasa aku tak sempat nak rasa boring pun. Kalau ada mungkin sesaat dua, sebab aku cuba maksimumkan masa aku dengan aktiviti berfaedah. Lebih afdal diisi dengan ibadah, kalau dah terlebih sangat berzikir, berzikir lagi dan lagi dan sedekahkan pada orang tua.

Kalau dah penat berzikir, baca al quran. Al quranlah cahaya kita kat kubur. Kalau dah bosan baca al quran buat solat sunat. Banyak solat sunat yang boleh dibuat, antaranya solat sunat taubat. Minta ampun pada Allah, dosa kita bukan sedikit. Tak cukup tau dengan solat fardhu. Sunat itu penyelamat.

Sebenarnya inilah yang sering aku cakap pada kawan-kawan yang sering cakap BORING. Sehinggakan ke satu tahap aku rasa aku sangat mencemburui masa mereka yang sangat lapang itu.

Aku ni mencuri masa tau nak berzikir, berkejar masa nak solat sunat, mencuri-curi masa membaca al quran, maka, alangkah bahagianya menjadi mereka yang sentiasa tak tahu nak buat apa dengan masa yang terluang.

Pada asalnya aku bertanya jugak, boring kenapa, mereka jawap tak ada apa nak buat. Aku sangkakan mereka boring terhadap orang perseorangan ke, boring sebab buat kerja yang sama ke. Rupanya boring sebab masa yang begitu banyak terluang. Menyedihkan.

Aku ni cubalah nak kejar pahala. Pernah berkira-kira nak resign kononnya nak tumpukan masa kat rumah untuk beribadah dan buat kerja rumah. Tapi, syukurlah aku tak resign, biarpun kat ofis, aku masih boleh kejar pahala. Tiba awal di ofis seawal jam 7am, macam-macam ibadah aku boleh buat tanpa sikit pun ganggu gugat masa time kerja. Masa lunch hour, kelam kabut telan makanan semata-mata nak kejar kuliah zohor biarpun kuliah hari tu bukan ustaz favourite aku. Tapi, menghadiri majlis ilmu itu banyak ganjarannya. Juga tak mengganggu gugat masa kerja bersolat zohor berjemaah. Mungkinlah solat asar berjemaah terguna sikit masa time kerja.

Tolonglah jangan anggap di sini aku ceritakan amal ibadah aku atas niat riak. Sedikit pun tidak. Kalau aku riak, pahala aku tadi semua hilang. Penat je buat selama ni. Sia-sia. Bodohlah aku kalau aku riak dan takbur. Sangat bodoh dan bengong. Apa yang aku cuba nak sampaikan adalah aku juga mempunyai 24 jam sama rata seperti semua orang lain. Tapi, aku elakkan rasa boring, rasa bosan dengan aktiviti berfaedah dan yang mampu menambah pahala. Mari kita tambah dan tingkatkan amal ibadah sebanyak mungkin sementara kudrat masih kuat. Esok terketar-terketar baru sibuk nak kejar pahala. Kesian sangat.

Aku rasa aku tak mampu kalau aku lama-lama atas tikar sembahyang untuk berzikir, maka aku sambung berzikir semasa memandu, dalam lif, semasa menapak nak masuk dalam ofis, semasa nak masuk dalam kereta, semasa menaip, semasa nak tidur, semasa nak memasak dll. Bayangkan aku mencuri masa nak mengejar pahala sebab aku bukanlah sempurna seperti orang lain yang terer dalam time management. Tapi, aku latih diri aku gunakan masa yang ada semaksima mungkin untuk kejar pahala berganda.

Walaupun jadual aku agak kucar kacir dan tak konsisten, aku cuba elakkan rasa boring dan bosan tadi dengan mengeluh BORING BORING BORING. So aku tak faham masih ada insan yang tak mahu nak menghargai masa dengan tingkatkan amalan. Yang tahu lafaz di bibir ialah BORING. Memang boringlah kalau tak tahu nak menghargai masa.

Aku sedikit emosional. Aku dah cakap pada kawan-kawan aku, elakkan mengadu rasa BORING pada aku lagi kecuali dah amalkan tips yang aku kasi tadi, kalau BORING juga, kita cari alternatif lain.

6 ulasan:

Unknown berkata...

terasa diri sangat kerdil baca entri ini..

tapi setuju! Akan cuba perbaiki kelemahan diri selepas ini...

Wanita Bertudung Hijau berkata...

yus : oh tidak, jgn salah sangka, dlm masa yg sama sy ingatkan diri

sy nak semua org islam masuk syurga
sy nak kita semua sama2 tingkatkan amal, itu sahaja, sy tak ada niat terselindung

UMMI YL berkata...

bahaya gak boring ni..takut2 jadi dosa. semalam saya dengar tanyalah ustaz, dia kata sekecil kecil dosa ialah duduk saja tak wat apa...dok saja pun leh jadi dosa. bagus juga kalau sibuk2 ni..takdan la nak dok saja..tapi duduk saja dengan zikir pasti dapat pahala..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : betul tu :-)

kamen rider v3 berkata...

maaf kak...sy bercerita terhadap post ini kepada kwn sy dan sy mengatakan bahawa akak ni ye2 je buat mcm tu. mcm lah baik sangat. tapi sy lekas sedar bahawa sy sedang melakukan dosa kerana memfitnah. sy mintak maaf kak. sy rasa bersalah sangat dengan kakak.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kamen rider v3 : saya tak kisah apa penilaian orang pada diri saya, ini semua nota peribadi untuk diri saya sendiri, blog ni saya wujudkan untuk bantu diri sendiri tambahkan iman, tak salah saya rasa nak berkongsi dalam internet ni atas dasar niat nak berdakwah. orang boleh nilai apa sahaja sebab mereka tak pernah mengenali saya secara mendalam. mungkin cara penyampaian saya kot buatkan orang rasa tah apa-apa pada saya. tapi saya tak kisah, sebagai manusia saya punya kekurangan, Nabi Muhammad pun banyak musuh, padahal sempurna, apatah saya umat Nabi akhir zaman.awak tak perlu minta maaf pun, sebab saya akan ampunkan semua dosa orang sebelum saya tidur samada saya tahu dia berdosa dengan saya atau tidak, kerana saya percaya kepada satu ayat, memaafkan orang sebelum tidur murah rezeki tau.