~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 29 Jun 2011

Belajar Iqra

Bermula pagi tadi, aku belajar mengaji Iqra dengan seorang staff di ofis aku yang aku panggil dia ustaz Mahmud. Aku terbuka hati nak mengaji dengannya sebab aku nak perbetulkan tajwid aku sendiri. Walaupun aku kenal huruf, tapi aku tetap excited masuk kelas dia. Niat aku hanya satu, nak belajar memperbetulkan tajwid aku. Lagipun ilmu ini boleh aku aplikasikan untuk ajar anak-anak aku mengaji kelak (isshhh bilalah nak ada anak ni? doakan)

Sebenarnya dah lama aku mencari guru mengaji, merata aku cari, akhirnya aku baru tahu ustaz Mahmud ni memang mengajar Iqra ni, dalam ofis sendiri pulak tu (betapa Allah mudahkan aku) dan dia akan sertakan sijil sanad setelah tamat sesi kelas. Aku bukan dambakan sijil tu pun sangat, tapi aku dahagakan ilmunya. Secara tak langsung, sebarang soalan / perkara berbangkit pasal agama boleh aku tanya secara direct pada dia, selama ni aku hanya gunakan medium email, sebab aku segan nak bersemuka dengan orang alim dan warak seperti dia walaupun aku nak sangat berdamping dengan orang macam tu.

Sebabnya, secara tak langsung aku turut mendapat keberkatan apabila sering berdamping dengan orang macam tu, yang sentiasa bercakap tentang kebesaran Allah dan Rasul, yang sentiasa menjaga kata-katanya, budi bahasanya. Secara tak langsung lagi, aku harap aku turut terpalit dengan sikapnya. Aku kagum dan merasa bahagia bersama orang-orang macam tu, dan itu adalah salah satu sebab kenapa aku sanggup masuk kelas Iqranya dengan alasan nak mempertulkan tajwid aku.

Selain dapat mengenal sebutan dengan lebih jelas, aku juga nak mengejar pahala iaitu menghadiri majlis ilmu bersamaan 1000 pahala solat sunat. Ini yang aku dambakan sebenarnya. Aku tulis kat sini bukan atas tiket riak, aku nak bagitau semua orang carilah pahala sebanyak mungkin dengan masa yang Allah dah berikan pada kita tak kiralah cara apa sekalipun janji mengikut syariat yang ditetapkan. Dan aku ambil ini sebagai satu peluang daripada Allah untuk aku tambahkan pahala.

Asalnya, ustaz ini mengajar hanya pada masa lunch bermula jam 1 - 2pm. Masa ni memang ramai orang, tapi, aku cakap kat ustaz, aku tak nak ponteng kuliah zohor yang surau ofis anjurkan setiap hari kecuali Jumaat. Kat mana lagi aku nak dengar kuliah macam ni, nak ke masjid aku kan pemalas dan kononnya tak ada masa. So, ke surau ofis sahajalah aku mampu menapak naik turun lif. Cuma aku terpaksa korbankan masa tengahari aku untuk berehat dan relaks sahaja. Maka, ustaz bagi cadangan supaya diadakan kelas di waktu pagi antara 745am-830am. Aku bersyukur sebab seawal 7am aku dah tiba di ofis. Maka, aku akan gunakan kelapangan tersebut dengan menambahkan lagi ilmu di dada.

Aku rasa best sangat sekarang ni. Aku dah berjaya habiskan Iqra 1. ada 6 Iqra kesemuanya (aku pun tak tahu). Sekarang aku rasa lebih yakin nak baca al Quran. Hilang rasa was-was, kadang-kadang selama ini aku rasa sangsi dengan bacaan sendiri. Tak sia-sia aku ke kelas pagi tadi. Terima kasih Ya Allah sebab buka pintu hati aku nak masuk kelas ustaz ni. Insyaallah, aku janji akan buat yang terbaik. Aku janji. Terangkan mata aku, terangkanlah mata hati aku untuk mudah mendapat ajaran ustaz ni Ya Allah.

Seperti aku dah jangka, adalah suara sumbang di belakang aku. Dah tua-tua bangka baru nak belajar mengaji. Hahaha. Aku tak kisah, malah berkecil hati pun tidak. Apa yang penting, niat aku ikhlas, niat aku hanya satu, selain nak menambahkan ilmu, nak menambahkan pahala, aku nak berdamping dengan idola aku (ni alasan paling kukuh untuk aku berdepan dengan dia dan bertanyakan perkara berbangkit aku). Biarlah orang nak kata aku ni ketinggalan zaman sebab baru nak belajar Iqra, aku tak kisah, aku memang tak kisah.

Yang pasti, baru sehari aku belajar, aku lebih yakin dengan sebutan tajwid. Selepas ni, aku bolehlah baca al quran banyak-banyakkan (cakap pada diri sendiri), sebab dah confident dan lebih lancar (so jangan cari alasan aku tak ada masa nak baca al quran selepas ini).

Biarlah apa orang nak kata, ada aku kesah? Allah lebih tahu



3 ulasan:

Miqdad Al Aswad berkata...

Alhamdulillah.. subhanallah..
mendapat guru yang betul sanadnya merupakan satu anugerah dan kelebihan yang amat banyak dari Allah swt..

Tanpa Nama berkata...

alhamdulilah..
selagi berupaya mencari ilmu akhirat eloklah diteruskan..

akak pun berminat nak menajamkan skill tajwid..leh jugak diaplikasikan kepada anak2

Wanita Bertudung Hijau berkata...

mded : alhamdulillah Allah permudahkan

makdara : alhamdulillah :-) mmg itulah niat sy