Assalamualaikum. Dah lama aku tak mencoretkan sepatah dua kata dalam blog ni. Banyak entry aku sebelum ni aku copy dan paste samada daripada yahoo groups atau daripada blog orang lain atau daripada internet.
Aku sangat busy dengan kerja aku di ofis. Tapi aku tetap cuba nak berdakwah walaupun hanya sepotong ayat cuma. Dan aku cuba kotakan apa yang aku katakan dalam setiap entry aku. Ada entry yang menjadi rujukan kepada aku, aku buka semula dan teliti semula. Ada entry yang tak boleh diguna pakai, aku anggap itu kejahilan aku dalam menulis. Aku tetap manusia biasa.
Seronok sebenarnya berblogging ni. Macam-macam ada. Dan aku tak nafikan melalui blog aku dapat banyak sangat ilmu, samada yang telah aku realisasikan dan belum realisasikan. Aku juga cuba berkongsi ilmu yang aku dapat melalui kuliah zohor di sini supaya orang lain yang tidak menghadiri majlis ilmu tadi dapat manfaatnya juga. Sharing is caring.
Tapi aku tahu, ada benda yang boleh dikongsi, ada benda yang tidak boleh dikongsi langsung. Seperti aku lihat ada yang berkongsi keburukan suami di dalam blog. Aku cuba menasihati dengan cara yang paling berhemah. Membuka aib orang adalah satu dosa apatah lagi suami sendiri.
Aku faham dia cuba nak meluahkan rasa bengang dengan suaminya yang langsung tak nak membantunya kerja di dapur, asyik dengan game, FB, game, FB. Aku kata syukurlah, sekurang-kurangnya dia bukan kaki disco. Bukannya aku membela sang suami, tapi aku nak dia cuba belajar bersyukur. Semua orang ada kelemahan, yang penting bukan mempertikaikan kelemahan, cari punca dan atasi.
Semua orang boleh berubah menjadi lebih baik jika kena caranya. Gunakan kreativiti, gunakan psikologi. Sesi menghentam, mengamuk sesedap rasa bukan jalan penyelesaian. Suami aku juga mempunyai kelemahan. Kelemahan yang boleh diatasi melalui perbincangan dari hati ke hati. Yang penting belajar menerima kelemahan suami kerana diri kita sendiri ada banyak kelemahan yang ketara.
Memang setakat ni aku dikurniakan suami yang rajin membantu aku mengemas rumah, memasak, membasuh kain, melipat kain dll tanpa di minta. Aku sangat bersyukur. Tapi sebenarnya dia seorang yang serius dan pendiam. Susah pulak tu nak senyum. Aku kena belajar menerima kelemahan dia. Bak kata ibu mertuaku, untunglah dapat suami pendiam tau, macam kita ni banyak cakap, kesian kat malaikat nak mencatat apa yang kita cakapkan. Dan aku sangat bersetuju.
Aku belajar menerima dengan positif kelemahan ni. Aku sendiri banyak kelemahan, tapi suami aku boleh terima dan memahami aku seadanya, so kenapa aku perlu memperbesarkan isu begini. Bayangkan kalau aku tulis dalam status FB aku macam ni "Pada suami, belajarlah menghargai isteri sendiri" macam yang kawan-kawan aku tulis dalam status FB mereka, agak-agak apakah tanggapan orang sekeliling?
Aku perhatikan pula yang menjawab komen pula, sesedap rasa, tidak ikhlas dalam memberi pendapat, malah yang lebih malang tulis tanpa berfikir panjang. Malah jauh lebih teruk menulis atas tiket menghasut supaya bergaduh dengan suami. Siapa yang rugi kat sini? Memang aku tak nafikan, ada yang ikhlas dalam memberi pendapat, tapi aku rasa sangat tidak wajar menceritakan masalah rumah tangga dalam Facebook. Percayalah, perkara kecil tadi akan menyebabkan ianya akan drag berpanjangan dan takkan selesai.
Kawan baik aku sendiri, seorang cikgu sekolah menengah di Putrajaya malu nak ke sekolah apabila sang isteri juga seorang cikgu menulis masalah rumah tangga di dalam FB tanpa bertapis. Memalukan apabila satu sekolah tahu masalah yang diaorang hadapi termasuklah anak murid sendiri. Mana nak letak muka?
Menyedihkan apabila FB dijadikan tempat untuk meluahkan perasaan. Tindakan yang sangat tidak bijak. Semua orang ada masalah, termasuklah aku, tapi bukan selesai melalui luahan rasa dalam FB. Apa yang Islam ajar? Aplikasikan dalam kehidupan. Itu lebih afdal. Tujuan kita semua nak dapat berkat dan rahmat Allah, tujuan kita semua nak masuk syurga tanpa hisab.
Tahukan ramai pasangan yang dah bercerai melalui FB termasuk kawan aku sendiri. Dan ini adalah normal di zaman moden ini. Kalau diimbas 10 tahun lepas, mungkin kita akan anggap ini perkara luarbiasa. Tapi, dalam zaman teknologi di hujung jari ni, bercerai cara demikian adalah sangat-sangat biasa.
Aku pun tak faham apakah tujuan perkahwinan mereka. Matlamat perkahwinan adalah peluang daripada Allah untuk kita tambah pahala berganda. Gunakan. Aplikasikan. Realisasikan. Aku juga ada masalah dalam rumah tangga. Bayangkan kami suami isteri kadang-kadang masih terbawak-bawak perangai bujang. Tapi, kami cuba atasi dengan perbincangan.
Perbincangan di sini bukan bermaksud mencari salah siapa. Tu namanya nak cari pasal. Perbincangan adalah masing-masing muhasabah diri, perbetulkan diri, berubah mengikut keperluan dan kehendak dalam nak membahagiakan alam rumah tangga yang dibina. Jodoh itu adalah rahsia Allah. Kenapa dia jodoh aku, bukan si polan dan si polan? Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Allah takkan pernah sebesar zarah pun nak aniaya hambaNya. Maka, bersyukurlah mempunyai pasangan hidup.
Orang lain ramai nak berkahwin, nak mendirikan rumah tangga, nak ada suami, nak ada isteri, tapi belum berpeluang. Kita yang dah kahwin, dah ada suami, ada isteri, gunakanlah secara bijaksana. Hargai pasangan anda. Sentiasalah mencipta harmoni dalam rumah tangga, sentiasalah mencipta kreativiti supaya alam rumah tangga ada tidak bosan.
Siapa yang tak ada masalah dalam rumah tangga? Semua orang hadapi, yang berbeza adalah cara menghadapinya. Ingat, semua orang ada kelemahan, semua orang tidak sempurna. Tapi, itu bukan alasan untuk tidak bahagia bersama pasangan anda.
Memang usia perkahwinan aku belum setahun jagung, aku tak layak langsung nak bercakap pasal alam rumah tangga. Apa yang aku tulis ni sekadar ingatkan diri sendiri. Setiap kali aku ditimpa masalah dalam rumah tangga, aku ingat satu benda, syaitan yang bernama DASIM akan sentiasa hancurkan rumah tangga aku melalui segala seribu satu cara. Setiap hari dia akan hasut supaya kami suami isteri bergaduh dan akhirnya bercerai. Setiap kali aku teringat pada syaitan ini, hati aku terus jadi sejuk. Aku rasa bodoh dan bangang lagi adalah sebab terpengaruh dengan syaitan ini yang dah menghasut aku.
Ingat, marah itu api. Api itu syaitan. Syaitan laknatullah.
Aku sedikit emosi. Ampunkan aku.

2 ulasan:
assalammulaikum...
seronok bce entry ni..walaupun sy blum berkahwin,tetapi sedikit sebanyak memberi kesedaran pd sy..
bersiap sedia menjadi isteri yg solehah insyaallah...
hidayu : waalaikumussalam
selamat menempuh alam rumah tangga yg best :-)
Catat Ulasan