~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 7 Jun 2011

Munculnya Rejab

“Diriwayat Abdullah ibn A’mar r.a menyatakan bahawa beliau bersumpah untuk berpuasa sepanjang hari dan bertahajud setiap malam selagi hayat dikandung badan. Peristiwa ini disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya engkau tidak mampu bagi perkara itu. Maka berpuasalah dan berbukalah. Bangunlah pada malam hari dan tidurlah. Berpuasalah tiga hari daripada setiap bulan kerana satu kebaikan sama dengan sepuluh ganjaran, dan itu seumpama puasa sepanjang tahun.”

Abdullah menyatakan bahawa beliau mampu melakukan lebih banyak lagi. Maka Rasulullah s.a.w bersabda sebagai alternatif amalan, “Maka berpuasalah satu hari dan berbukalah (jangan berpuasa) selama dua hari.”

Sekali lagi Abdullah menyatakan bahawa beliau mampu melakukan lebih baik daripada itu. Maka sekali lagi Rasulullah s.a.w bersabda, “Maka berpuasalah satu hari dan berbukalah satu hari, maka itu adalah puasa Nabi Daud a.s dan itulah puasa yang paling afdal.”

Abdullah tetap menyatakan bahawa beliau masih mampu melakukan lebih daripada itu. Maka akhirnya Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada yang lebih afdal daripada itu.” Hadith riwayat Bukhari.

Pada setiap bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan ada peristiwa-peristiwa besar dan hebat yang berlaku.

Bulan Rejab, berlakunya peristiwa Isra’ Mikhraj yang berlaku pada 27 Rejab. Tahun berlakunya Isra’ Mikhraj dipanggil Tahun Dukacita kerana pada tahun itu, Rasulullah s.a.w kehilangan dua insan yang disayangi iaitu isteri baginda, Siti Khadijah dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Maka Allah menceriakan Rasulullah s.a.w melalui peristiwa Isra’ Mikhraj.

Selain dari itu, bulan Rejab ialah berlakunya solat umat Islam lima waktu yang pertama. Sebelum ini, umat Islam hanya bersolat dua waktu iaitu waktu pagi dan petang namun sebaik sahaja solat difadhukan lima waktu maka dua waktu sebelumnya diharamkan oleh umat Islam bersolat. Solat pertama ialah solat Subuh, iaitu sebaik sahaja Rasulullah s.a.w kembali dari Isra’ Mikhraj.

Pada bulan Syaaban pula, adanya malam Nisfu Syaaban. Terdapat nas yang berkaitan dengan Nisfu Syaaban yang datang dengan penambahan iaitu pada malam Nisfu Syaaban, malam ke 15 Syaaban, Allah berfirman bahawa sesiapa yang meminta ampun kepada Allah melalui doanya maka doanya akan diperkenankan oleh Allah kecuali tiga golongan iaitu:-

1. Orang yang syirik kepada Allah.

2. Orang yang berzina dan tidak bertaubat nasuha. Malahan orang berzina ini meskipun orang lain berdoa untuk dirinya maka tidak diterima oleh Allah.

3. Orang yang bermusuhan sesama Islam.

Bulan Ramadhan adalah satu-satunya bulan Islam yang disebut di dalam Al-Quran. Bulan-bulan lain tidak pernah disebut dalam Islam. Bulan Ramadhan adalah bulan di mana Al-Quran diturunkan, malahan kitab Samawi yang lain seperti kitab Injil, Taurat dan Zabur juga turun pada bulan Ramadhan.

Berlaku perselisihan pendapat ulama tentang penurunan Al-Quran di bulan Ramadhan , biarlah ulama berdebat, kita terima sahaja kerana mereka lebih tahu. Terdapat dua pendapat berkaitan hal ini :-

* Maksud Al-Quran turun pada bulan Ramadhan adalah Al-Quran dibawa oleh Jibrail di dalam bentuk wahyu untuk diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.

* Maksud Al-Quran turun pada bulan Ramadhan adalah Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz kepada langit dunia pada bulan Ramadhan.

ayat Al-Quran di mana Allah berfirman bahawa Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan, Allah menyambung bahawa Al-Quran adalah sebagai petunjuk. Ini bermakna jika ada permasalahan, maka rujuklah Al-Quran kerana disitu ada penyelesaian. Kes-kes gejala sosial (atau musibah sosial) berlaku kerana tindakan susulan tidak mengikut Al-Quran