~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 24 Jun 2011

Pintu-pintu yang syaitan masuk dalam badan kita

(Kalau aku copy paste ni maknanya aku memang tak ada idea atau aku sangat busy, tapi tetap aku cuba nak menyampaikan sesuatu dalam usaha dakwah aku melalui blog)

Dalam sebuah kitab yang ditulis oleh seorang ulama Syeikh Fathi Yakan menulis kitabnya yang terkenal iaitu Maza yakni intima’I lil Islam. Menyatakan bahawa pintu-pintu yang dimasuki syaitan dalam tubuh manusia ialah :

Tamak dan jahat sangka, lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada sesudah berusaha dan berikhtiar.

Cintakan hidup dan panjang angan-angan, lalu aku menghadapinya dengan rasa takut dengan kedatangan mati yang tiba-tiba.

Cintakan kerehatan dan nikmat, lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.

Kagum pada diri sendiri (ujub), lalu aku menghadapi dengan mensyukuri nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksaan.

Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lalu aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak dan kehormatan mereka.

Hasad dengki, lalu aku menghadapinya dengan sifat qanaah (iaitu berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan reda terhadap pemberian Allah kepada makhluknya.

Riak dan sukakan pujian manusia, lalu aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.

Kedekut atau bakhil, lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang di tangan makhluk itu akan binasa sedangkan apa yang ada di sisi Allah akan kekal.

Takbur atau sombong, lalu aku menghadapinya dengan sifat tawaduk.

Tamak, lalu aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.

Sumber : Persatuan Pengguna Islam Malaysia

(Dulu, suatu masa dulu, zaman kejahilan aku, ada seorang ustaz scan aku, dia kata benda alah tu ada dalam badan aku. So, dia bagi aku mandi dengan air penawar di rumah aku. Kemudian, dia suruh aku kunci setiap anggota badan yang terbuka seperti setiap jari kaki dan setiap jari tangan, mata, telinga, hidung, mulut dan private part dengan bacaan 3x selawat).

Masa ni aku rasa bodoh pun ada, manusia kan mahkluk terbaik ciptaan Allah, tapi masih tak nak gunakan mukjizat teragung kita iaitu al quran untuk pendinding diri. Sejak itulah agaknya kot aku terinsaf, dan aku cuba maksimakan mukjizat dan kalimah-kalimah agung itu sebagai pelindung diri atas izin Allah.

Alhamdulillah, setahun selepas itu, aku di scan semula, ustaz tu cakap benda alah tu dah tak ada dalam badan aku lagi. Alhamdulillah

sekadar berkongsi pengalaman.



4 ulasan:

Unknown berkata...

Salam,tuan,kalau tuan ada pengalaman yang menarik di india,sila berkongsi dengan saya di blog saya...semoga Allah melimpahi keberkatan pada tuan.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

anak pendang : tak pernah berpeluang menjejakkan kaki di sana lagi

Norsha berkata...

Moga2 dijauhkan kita dari terpedaya dgn syaitan yg durjana ! nampaknya kena tingkatkan lagi iman dan amal kita....InsyaAllah

Wanita Bertudung Hijau berkata...

norsha : mari kita sama2 tingkatkannya :-)