~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 6 Jun 2011

Modal berbicara

Seperti kebanyakan orang lain, aku juga sibuk menghadiri kenduri kahwin bersama suami. Tahun ni pula kebetulan paling ramai budak-budak gunung merangkap budak outdoor yang aku kenal mendirikan rumah tangga. Memang meriahlah, non stop sejak awal tahun sehingga ke bulan June, setiap bulan ada sahaja yang sah bergelar suami dan isteri. Aku tumpang bahagia.

Bersama suami, aku ke majlis kahwin mereka. Bestnya melihat kawan-kawan yang datang bersama pasangan masing-masing secara sah. Manakala yang berkahwin pertengahan tahun lepas, tahun ni ada yang dah 'berisi'. Jadi mak buyung, antara gelaran popular yang diberikan. Aku juga tumpang gembira. Dan sejak hampir 2 bulan aku berkahwin, aku tak lari daripada soalan dah pregnant ke belum? Rasanya hari-hari aku berdepan dengan soalan begini, tak kira berada di mana, paling kerap diajukan adalah semasa di ofis. Semalam di majlis kenduri lagi sekali aku ditanya bila lagi nak preganant?

Aku kan cuba berlagak positif. Maka, aku layankan je soalan-soalan cepumas itu dengan kadar yang positif supaya mana-mana hati tak tersinggung. Tapi, kawan aku yang stress dengan soalan begini akhirnya bersuara, payah jugak jadi orang pompuan nikan. Bila belum kahwin sibuk tanya bila nak kahwin, bila dah kahwin, sibuk tanya bila nak pregnant, bila dah pregnant sibuk tanya bila nak tambah lagi. Hahahahaha. Dengan muka mencuka dia menjawab dengan muka kebengangan.

Aku jawab la, memang payah, bila letak hantaran tinggi pun kena kutuk, bila letak hantaran sikit pun orang cop tak laku, bila lambat kahwin kata memilih sangat, bila cepat kahwin dikatakan terdesak dan gatal, macam-macam hal. Sabar jelah wahai kaum wanita. Itu dah lumrah alam ni.

Anggap aje tu sekadar modal berbicara diaorang. Aku cuba memujuk hati sendiri dan kawan aku tadi.

P/S: kalau nak tanya soalan, biarlah bersesuaian, kelak kerana mulut badan binasa.

2 ulasan:

UMMI YL berkata...

org ni suka sangat menyibuk. sampai terlupa yang kebanyakkan hal bukan kerja kita tapi allah punya kerja dan kehendak. macam-macam no..teringat ceramah ustaz kazim pasal pompuan..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : hehehhee, betul, tu semua kerja Allah yg Maha Kuasa ;-)