~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 27 Jun 2011

Jom PERHIMPUNAN BERSIH!

Mood dahlah belum sepenuhnya stabil. Dalam blog, dalam yahoogroups, semuanya bertekak pasal perhimpunan bersih yang bakal diadakan tak lama lagi. Di ofis aku pun, ramai pengedar t-shirt ini. Ramai yang beli, ramai yang pandang sinis.

Dalam yahoogroups paling gerun aku membaca pasal perhimpunan bersih ini. Masing-masing cuba berdebat dan mempertahankan point masing-masing. Yang bergaduhnya sesama Melayu Islam sahaja, sebab aku tengok pada pengirim emailnya yang bernama Melayu. Menyedihkanlah.

Yang aku bimbangkan ialah dikhuatiri bergaduh, bertekak dalam email tu boleh mengundang kepada syirik. Kelihatan masing-masing menggunakan hujah dalam al quran, hadis, nas, semata-mata nak mempertahankan pemahaman masing-masing.

Aku yang jahil dalam dunia politik ni sekadar membaca ajelah. Nak menyampuk aku rasa tak ada modal dan hujah yang sesuai. Silap-silap aku yang kena sembur. Maklumlah, cara mereka berdebat seseolah sanggup bergaduh dan bertumbuk tanpa ada belas kasihan. Aku yang jadi takut dan rasa ngeri.

Agak-agak apa anggapan bangsa lain terhadap perhimpunan bersih ini? Ketawa, bersorak, menyampah, suka, atau menyokong? Aku tak tahu, jika tanya aku, aku rasa lebih afdal ke masjid solat berjemaah, dapat jugak pahala berganda, tu pendapat aku yang jahillah. Sebab aku kan tak pernah mengundi. Manalah aku tahu siapa betul atau salah.

Yang pastinya pada tarikh tersebut, aku nak masuk hutan. Trip terakhir sebelum puasa. Pasti rasa aman. Jom abang jom, kita BERSIHKAN hutan yang kita cintai. Itu lebih afdal. Konservasi hutan. Dapat juga pahala merangkap dapat menenangkan jiwa yang stress.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum dik..
MDT pun dah lama tak masuk hutan..tsk..tsk..

masuk kampung jer lah.. :)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

waalaikummussalam wbt MTD

masuk kg pun ok, dpt ketenangan yg hakiki :-)

UMMI YL berkata...

hihi bersihkan rumah lagi bagus..tapi mungkin depa nak bawa suara rakyat dengan satu cara yang lain..ntahla cakap pasal politik pening dan menyampah pun ada..siapa yang boleh bela nasib kita sekarang ni..dunia sekarang hanya diri sendiri saja yang menentukan nasib diri sendiri.

lama menunggu who gonna be a man on the right job. Siapa pemimpin yang benar memimpin. Ustaz kazim kata, takpalah didunia ni kita dizalimi pemimpin, esok diakhirat kita boleh tuntut kat depan allah atas setiap kesilapan mereka/kezaliman mereka keatas diri kita. Alhamdulillah masih ada ulama maca DR asri untuk tegur pemimpin tapi sikitnya orang seperti dia...:(

teringat saidina umar..saat lampu pun dipadam bila tak buat urusan negara. Pen pun ada yang berbeza. kalau urusan negara pakai pen lain. kalau urusan sendiri pakai pen lain.

namun sekarang menjadi pemimpin adalah cita2 besar untuk KAYA DUNIA. Terlupa menjadi pemimpin adalah persoalan besar dia khirat kelak atas setiap pimpinan..

takpa, bagi yang mampu menangani kezaliaman pemimpin sila teruska perjuangan dengan apa kapasiti yang boleh asalakan niat tetap bersih.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : idea yg bernas, iaitu bersihkan rumah, sokong 100%.

sy setuju pendapat rulza