~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 29 Jun 2011

Kenapa murtad?

Assalamualaikum buat semua sahabat dan warga SIM.

Semoga semuanya sentiasa di dalam rahmat dan keberkatan Allah yg Maha Pemurah dan Maha Pengasih.

Hampir 3 minggu menyepi diri kerana terikat dengan tugasan yang perlu disiapkan dengan segera. Namun sempat juga saya membaca tulisan2 rakan2 SIM yg lain tertamanya tentang kes LIna Joy dan isu murtad. Bila bercakap tentang murtad, kebanyakan kita selalunya lebih cenderung mahu menghukum org yg ingin keluar agama Islam. Amat sedikit yang mahu bertanya kenapa perkara ini terjadi. Bagaimana mahu menyelamatkan aqidah seorang insan yang merupakan saudara seagama kita.

saya pernah terlibat di dalam satu kajian mengenai permohonan murtad di sebuah negeri. Saya tidak boleh menyebutkan negeri tersebut kerana kajian tersebut diklasifikasikan sebagai kajian sulit. Jadi, cukuplah kalau saya menyebut secara umum, kenapa dan mengapa murtad berlaku.

Kajian itu mengambil 40 respondent yg memohon utk keluar agama Islam.Tetapi semua respondent tersebut bukan asal berbangsa Melayu. kebanyakannya adalah mereka yg diistilahkan sebagai saudara baru atau muallaf yg telah memeluk Islam dan kemudian ingin keluar daripada agama yg baru dianuti.

Kenapa?

Lelaki dan perempuan China atau India yang bernikah dengan orang melayu Islam yang kecewa dengan cara suami atau isteri melayan mereka. Ada seorang lelaki yg memeluk Islam selama 9 tahun ingin kembali kepada agama asalnya selepas bercerai dengan isterinya. Katanya, "saya sangat sayangkan isteri saya, tetapi isteri saya tinggalkan saya sebab lelaki lain. saya tak pernah tinggal sembahyang dan puasa, anak2 pun saya bawa ke masjid utk sembahyang berjemaah.Tetapi isteri saya tidak sukakan saya lagi. Saya sangat kecewa dengan isteri saya.'

Seorang wanita yang memeluk Islam kerana ingin bernikah dengan lelaki Melayu pula bercerita. "kami bernikah suka sama suka. saya cintakan suami saya.Saya sanggup berhenti kerja sebagai model dan jadi surirumah sepenuh masa. Berpuluh ribu duit saya habis utk suami saya, tetapi dia curang. dia ada perempuan lain sebagai kekasih. saya rasa tertipu. Kini saya sudah tidak mahu sembahyang lagi sebab suami saya pun tidak sembahyang, tidak puasa dan main perempuan. Saya sedang berusaha utk dapatkan cerai dan balik ke agama saya.".

Itu cuma dua cerita yg dapat saya sebutkan di sini.Betapa beratnya tugas seorang lelaki atau perempuan Melayu beragama Islam yang bernikah dengan orang bukan Islam. Tanggungjawab bukan hanya sekadar memberikan nafkah makan minum, pakaian dan wang, tetapi tugas mendidik suami atau isteri yang baru memeluk Islam itu amat berat. Kalau diri sndiri pun sudah berjalan senget, bagaimana mahu membetulkan orang lain? Kalau diri sendiri sudah liat dan tidak mahu dekat dengan tikar sembahyang bagaimana mahu mendidik suami atau isteri yang baru ingin mengenali agama Islam?

Baru petang tadi saya menerima beberapa sms yg berbunyi, "Dr, saya adalah wanita Melayu yang mempunyai 5 org anak. Suami saya juga melayu, tapi entah macamana saya dan suami telah memeluk agama lain pada tahun sudah. Tapi syukur, dengan bantuan beberapa org ustaz dan kawan, kami kembali ke pangkal jalan.tetapi masyarakat menghukum kami Dr. Hingga saya terasa ingin kembali murtad. dan sekarang saya sudah mula menghubungi kawan2 saya yg beragama lain itu. Dan mereka memang sentiasa mahu menolong saya. banyak perkara yang buat saya keliru Dr, tapi saya belum bersedia menceritakannya.Cuma saya benar2 mahu keluar daripada agama Islam semula sebab saya rasa saya tidak mampu menjadi org Islam yg baik. Bila anak saya yang bersekolah agama melaungkan azan di surau, mereka berkata, kenapa suruh anak org murtad laungkan azan? Dan sekarang anak saya dan suami pun sudah tidak mahu ke surau. Sampai begitu sekali mereka menghukum kami Dr. Saya yakin Allah itu wujud dr..tetapi saya keliru, buntu. maafkan saya keran amengganggu Dr."

Ya Allah, terasa nak menitis airmata saya membaca sms2 yg dikirimkan kepada saya. Saya cuma dapat memberitahu wanita ini, "kalau manusia menghukum kita, itu cuma perkara kecil. tetapi kalau kita menghukum diri sendiri hingga kita meninggalkan Allah kitalah yang akan menjadi manusia yg rugi dunia dan akhirat. kalau boleh, berilah saya satu peluang utk mendengar cerita Puan dari mula sampai akhir.saya sedia mendengarnya.

Kata wanita ini lagi, "dulu saya ingin mengadu masalah, tetapi org tu kata, tak usah ganggu aku dengan masalah kamu. Kamu org yg sudah sesat. Sebab tu saya tak mahu mengganggu Dr."

Akhirnya saya hanya mampu berkata, "Sis, if u need an ear to listen, I'll be there for you. If you need a shoulder to cry on, I'll be there for you. sms lah saya atau call bila you bersedia utk bercerita. Dan sama-samalah kita berdoa agar Allah tidak menarik balik petunjuk dan hidayah yang telah diberikan kepada kita."

Janganlah menafikan bahawa ada org melayu yg ingin keluar daripada agama Islam kerana tidak mendapat bimbingan yg sewajarnya. Ada yg hilang keyakinannya kepada Islam kerana sikap buruk seorang isteri atau seorang suami yang diharapkan menjadi pembimbing. Ada yg merasakan islam itu kejam, sedangkan islam itu amat cantik. Tetapi imej islam itu dirosakkan oleh manusia yg tidak ada akhlak Islam.

kadang2 sikap kita yg suka berburuk sangka, yg suka menghukum daripada menyayangi juga menjadi sebab org lain ingin keluar daripada Islam. kenapa kita tidak mahu penuhkan hati kita dengan kasih sayang sesama insan?

Nasihat ikhlas daripada saya, terutamanya kepada mereka yg ingin bernikah dengan orang yg bukan asalnya beragama Islam, jagalah amanah daripada Allah. Tugas mereka yg bernikah dengan 'saudara baru' ini adalah amat berat.

Tetapi sejujurnya, saya lebih bimbang dengan org2 yg 'separuh murtad', mengaku Islam, tetapi tidak bersolat, tidak berpuasa. Wanita2 pula bukan sekadar tidak menutup aurat, tetapi mendedahkan aurat ke tahap yg amat membimbangkan. Anak2 muda pula semakin hilang rasa mahu menjaga maruah diri. hingga kadang2 kita terfikir, akhlak org bukan islam itu lebih baik daripada yg mengaku Islam.

"Ya Allah, hidupkanlah kami dalam Islam dan iman, dan matikanlah kami dalam Islam.dan iman kepadaMu"


Wassalam

Dr fauziah

3 ulasan:

super-1 berkata...

betul ckp Dr tu, orang yang 'separuh murtad' lagi membimbangkan.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

super-1 : membimbangkan dan menyedihkan :-)

UMMI YL berkata...

assalamualaikum..teringin nak berkongsi pengalaman disini. tapi bukanlah niat saya untuk racist tapi ini adalah pengalaman saya sebagai anak kepada seorang cina muslim. Ayah dah pun arwah 11 tahun yang lalu. bercakap tentang sikap terhadap muallaf, pengalaman ayah sangat menyedihkan. Ayah saya memeluk islam sejak dia berusia 13 tahun. namun ketika berkahwin dengan mak, keturunan ayah tetap menjadi persoalan. sampaikan ada orang bercakap "buat apa nak dengar cakap dia, dia pernah makan babi". saya tanya ayah, ayah pernah makan babi ka? ayah tak pernah menjawab, rupanya mak bgtahu ayah kecil hati dengan persoalan saya. masa tu saya masih remaja belasan tahun.

bukan mudah nak bimbing muallaf. namun saya percaya kesungguhan ayah, dia banyak belajar dan berusaha. namun banyak sikap orang melayu disekelilingnya buat dia memendam rasa. bila membaca diari2nya setelah dia meninggal, sedih rasanya. luahan terhadap hinakah dia? apa bezanya dia? masyaaalah sedih sangat. tambah pula saya ketika itu masih kecil dan tidak faham untuk memujuk dan memberi semangat kepada ayah. apa beza melayu atau cina?? sedangkan kita beragama islam.

bukan sahaja ayah diperli dan lain2..malah saya sendiri berasa sedih dengan sikap sesetengah melayu yang mengaku islam sedangkan islam tidak mengajar hal-hal menghina orang.

semasa saya mendapat anugerah cemerlang PMR, ketika dipentas mak saya sedih sebab ada orang bercakap dia pun dapat anugerah?? dia ni anak cina..

nak masuk matrik langsung takdapat sedangkan orang yang lebih teruk resultnya layak walaupun dengan panggilan kedua.

bila saya letak bangsa melayu pula, mara siasat dan menelefon menanyakan status saya. dan lansung tidak layak biasiswa dan terpaksa tolak tawaran.

bila adik2 dapat uitm, walaupun di hari pendaftaran, mereka mempersoalkan status adik2 dan kelayakkan mereka kerana bangsa anak adalah mengikut bangsa bapa sedangkan adik2 sudah mendapat tempat...

ya, berasa DIREJECT di tanah air sendiri amatlah menyedihkan dan ia menimbulkan perasaan prejudis kepada MELAYU. Namun bukanlah semua begitu..tapi kebanyakkan begitu..kenapa perlu perasan diri paling bagus...