Aku ada seorang mentor. Actually aku ada ramai mentor. Aku jadikan mereka mentor kerana mereka membantu aku secara tak langsung untuk tambahkan amalan dan ibadah. Mereka selalu perbetulkan salah aku. Tak semua orang yang aku jumpa seikhlas mereka dalam nak membantu aku berubah menjadi lebih baik.
Yang aku nak ceritakan ini tentang seorang mentor aku merangkap idola yang satu ini. Dia adalah seorang lelaki yang dah bersuami dan mempunyai 2 orang anak yang kiut miut.
Kenapa aku katakan dia adalah seorang idola yang aku hormati. Setahu aku dah lebih 6 tahun dia berpuasa bermula 1 rejab sehinggalah aidilfitri menjelma. Kagum tak? Mungkin korang tak kagum, tapi pada aku, aku sangat kagum sebab sehingga ke usia begini pun aku masih tak mampu ikut jejaknya. Patutnya aku berlumba-lumba mengejar pahala bersamanya.
Tapi setakat ni, iman aku yang yang lebih tipis daripada kulit bawang ni hanya mampu puasa isnin dan khamis je. Tu pun perlukan kekuatan yang bukan calang-calang dan dugaan daripada orang sekeliling.
Maka aku tabik springlah pada idola aku tadi. Dia mampu secara konsisten berpuasa sepanjang bulan Rejab sehingga tibanya aidilfitri kemudian sambung puasa 6. Sangat hebat. Aku pula yang terasa kerdil di sisinya, belum di sisi Allah lagi.
0 ulasan:
Catat Ulasan