~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 9 Jun 2011

Bantal bulu burung

Kuliah zohor semalam sebenarnya menyentuh tentang banyak aspek. Tapi aku nak ringkaskan tentang satu topik sahaja iaitu tentang mengumpat. Aku nak tujukan entry ini khas buat diri aku sendiri. Aku ceritakan di sini versi aku ya.

Ustaz kata, pada zaman dahulu, ada seorang wali Allah. Dia sering diumpat oleh golongan munafik Tapi sebagai wali, dia tetap memaafkan sesiapa saja yang mengumpatnya. Nak dijadikan cerita, salah seorang yang mengumpatnya tadi tiba-tiba mendapat taufik dan hidayah daripada Allah. Maka, dengan penuh rasa bersalah, dia kembali mendapatkan wali Allah tadi untuk memohon maaf. Wali Allah tadi cakap boleh dimaafkan, tapi dengan bersyarat iaitu sediakan kepadanya sebiji bantal yang diisi padat dengan bulu burung.

Selepas menyediakan bantal yang dikehendaki, wali tadi meminta orang tersebut mengoyakkan bantal itu. Maka berterbanganlah bulu burung tadi. Wali Allah meminta semula orang tersebut kembali mengutip segala bulu burung yang dah berterbangan tadi dan kemudian memasukkan semula ke dalam bantal.

Malangnya, orang tersebut tidak mampu lakukan. Adalah mustahil dapat mengumpul kesemua bulu yang telah terbang entah ke mana. Tiba-tiba wali tadi berkata lebih kurang beginilah,

Beginilah perumpamaan orang yang mengumpat. Dosa kamu mengumpat aku telah ampunkan. Tapi bayangkan bulu burung tadi adalah diibaratkan seperti orang-orang yang mendengar umpatan kamu sebelum ini. Adakah kamu tahu sehingga ke manakah umpatan tersebut telah disebarkan? Kamu takkan mampu kutip dan kumpul.

Aku terfikir semasa zaman kejahilan aku. Aku suka umpat artis dan ahli politik. Tiba-tiba aku terasa kerdil. Aku sangat-sangat berdosa.

Aku malu sendirian. Sejak aku tersedar sehingga sekaranga aku cuba elakkan perkara negatif macam ni. Insyaallah aku tak nak terjebak lagi dalam perkara yang mengundang dosa macam ni. Aku elakkan juga menulis entry yang berbaur mengutuk atau menghentam orang lain.

P/S : Nak kumpul pahala terasa sangat berat, tapi nak kumpul dosa terasa ringan je kan. Ni mentaliti akhir zaman. Aku cakap pada diri sendiri. Kurangkanlah bercakap tentang perkara sia-sia. Basahkan lidah dengan berzikir. Biar orang pandang kita hina, sebab zaman sekarang orang yang berlumba-lumba mengejar pahala dipandang serong, tapi itulah bekalan kita kat sana. Aku tak kisah orang pandang aku alim ke, alim-alim kucing ke, ustazah ke, sebab aku dalam proses nak mengubah diri aku. Aku banyak dosa.

Apa yang aku cakap, aku tulis semuanya nak ingatkan diri aku dan aku cuba nak berkongsi perubahan hidup aku di dalam blog ni. Dulu aku jahil, sehinggakan aku tak rasa aku mampu tebus dosa aku. Aku hanya mampu pohon pada Allah supaya ampunkan dosa aku.



7 ulasan:

UMMI YL berkata...

astagfirullah..beratkan dosa mengumpat ni..patutlah ia lebih berdosa dari berzina. jika tuan punya badan mengampunkan pun belum tentu ia terampun semua..ibarat bulu burung itu..astagfirullah... saya mohon share di blog saya ya WBH..

hihi WBH, bila tulis bab sensitif ni kadang2 orng lain ingat kita memerli orang lain tapi yes, kita tulis blog ni untuk ingatan pada diri..bukan semata2 pada orang yang ingin mengambil manfaat. WBH tau sebabkan blog saya putus hubungan dengan kawan2 dan mereka mempersoalkan agaknya dia tulis pada pokok pisang, pada ayam. mereka nak juga fikir niat kita menulis untuk hentam orang. padahal bila krisis, sudah dijelaskan hal yang sebenar. tak mahu percaya malah disalahkan pula kita meletakkan diri mereka pada prasangka sedangkan prasangka itu adalah kekurangan pada diri sendiri. Takmahu buka minda, menulis di blog bukan nak menuju kepada orang tapi blog boleh jadi medium untuk kita mengisafi diri dengan tulisan dan kita malu bila kita nak buat salah yang sama..insyaallah kita tahu tujuan kita. siapa yang mahu ambil manfaat alhamdulillah. kita tumpang pahala..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : ayat terakhir tu sy sokong, sy tulis di sini atas tiket imbuhan pahala, sekiranya org lain turut beramal bersama sy berjemaah

sharelah, sy tiada had nak menyekat apa sahaja di dlm blog ni, malah sy berbesar hati utk berkongsi :-)

UMMI YL berkata...

terima kasih WBH..

Norsha berkata...

salam,
nice sharing, tu la moga Allah bagi kita kekuatan dr hari ke hari untuk berubah jadi baik....

tulis blog utk ingatkn diri kita sendiri sebenarnya...

Wanita Bertudung Hijau berkata...

norsha : yup, moga Allah bagi taufik dan hidayah yg berterusan utk kita sama2 tambahkan iman :-)

marinahunny berkata...

akak nak copy entry ni share dlm blog akak boleh...? spya kwn2 opis blh baca sekali..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

marina : copy je kak, sy mmg niat nak sharing pun dgn semua org, tak perlu minta persetujuan sy pun tak apa :-)