~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 1 Jun 2011

Pertemuan dan perpisahan

Hari ini jiran sebelah aku dah tak ada. Aku kadang-kadang tertoleh seakan nampak kelibatnya seperti gila bayang pula. Semalam adalah hari terakhir beliau bekerja. Kisahnya ada di sini. Dan semalam sesi drama airmata bermula. Yang pastinya bukan aku yang memulakan. Dia dan rakan-rakan lain yang mulakan.

Aku pula tak boleh tengok orang nangis, pasti aku turut sama mengalirkan air mata. Sebab tu aku malas nak tengok drama atau filem yang sedih-sedih, apatah lagi awal-awal lagi aku dah tahu sad ending, confirm aku tak akan tengok. Apatah drama air mata secara live, lagilah aku tak boleh kawal air mata aku.

Seperti yang aku katakan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Samada perpisahan hidup atau perpisahan mati. Begitu juga dengan perkahwinan, ada yang bercerai hidup, ada yang bercerai mati. Pusinglah macam mana pun, perpisahan pasti menjelma. Samada kita mampu terima atau belum bersedia menghadapi, keadaan itu pasti berlaku samada sekarang, esok atau kemudian hari.

Tak kiralah dalam perhubungan persahabatan, perkahwinan semuanya akan melibatkan perpisahan. Kita sendiri pun akan pergi meninggalkan alam fana yang kita agung-agungkan ini suatu hari nanti. Kita akan ke alam barzah. Alam barzahhhh, tungguuu aku (aku jerit ala-ala KL Menjerit, boleh?) Hahahaha.

Cuma kita tak tahu bila kita akan mati. Tu rahsia Allah SWT. Yang penting sebelum pergi mengadap Ilahi, bawaklah bekal apa yang patut. Macam aku sekarang hampir hari-hari bawak bekal, selain tidak membazirkan lebihan makanan semalam, boleh jimat duit, duit tersebut boleh bayar hutang, kan sebelum mati wajib langsaikan hutang, aku ni pula kan hutang keliling pinggang. Aku tak nak suami atau anak-anak aku kelak terbeban dengan hutang aku.

Bekal yang kita bawak tak silap aku hanya 3, tak perlu banyak sangat, iaitu sedekah jariah, amal soleh dan doa daripada anak-anak. Sekali baca memang mudah nak sediakan bekal-bekal ni, tapi 2 kali baca syaitan dah hasut, buat apa sediakan bekal sekarang, malam masih muda (pinjam ayat remaja zaman sekarang), maksudnya kita masih muda, tak perlu susah payah tunggang langgang tonggeng terbalik dok solat, tak payah nak puasa sunat, tak payah nak rajin nak pergi kuliah zohor, bukannya best pun ustaz tu ceramah.

Ada antara ayat-ayat ni selalu aku dapat. Tapi, aku anggap je semua tu syaitan yang suruh mereka yang cakap. Biasalah syaitan kan, syaitan kan sangat komited dengan tugasannya. Pernah aku tulis kat sini . Cuma aku nak perbetulkan statement aku tentang sejahat-jahat manusia ialah sebaik-baik jin tu sila abaikan ye. Sebab jin tak pernah syirik pada Allah, jin tak pernah merogol, jin tak pernah membunuh, jin tak pernah simbah asid. Hehehee, so, manusia sebenarnya yang lebih jahat daripada jin. Maafkan aku atas kejahilan aku menulis statement tu tanpa berfikir panjang.

Maka, bukan senang nak bawak bekal ke akhirat. Tapi, susah itu bukan satu alasan untuk tidak melakukannya. Hati kitakan milik Allah, kita masih ada senjata yang satu, iaitu doa. Doalah supaya hati kita sentiasa ingatkan Allah dan Rasul. Doalah supaya kita mampu tingkatkan ibadah kita. Hati kita kan milik Allah. Maka, ambillah kesempatan berdoa semoga suami kita setia pada kita dunia dan akhirat. Ingat, hati kita kan milik Allah. Maka, insyaallah dengan doa yang ikhlas dan bersungguh serta konsisten, kita mampu elakkan perpisahan yang tragis, perpisahan yang kita tidak minta. (Perpisahan mati itu lain cerita, maksud aku perpisahan cerai hidup)

Insyaallah, hati kita suami isteri akan bersatu dalam berkat Ilahi. Insyaallah, hati kita dengan kawan-kawan sentiasa bersih dan telus. Biarpun perpisahan itu akan menjelma, hati kita tetap bersama mereka selamanya.

Salam sayang buat suami dan kawan-kawan.

P/S : aku rasa banyak yang aku dah melalut









8 ulasan:

UMMI YL berkata...

saya selalu berdoa agar suami dan anak-anak tidak akan berpisah tetapi pergi bersama-sama..jika diizinkan..bila memikirkan tentang perpisahan dalam bentuk tidak akan kembali lagi ia begitu perit untuk difikirkan. Apapaun hanya allah yang menentukan. jika sampai saat berpisah semoga allah titipkan redha dan ketabahan. huhu..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza, tkasih atas komen anda

betul tu, doakan juga semoga kita redho dgn ketentuan Allah

sy doakan anda suami isteri dan anak-anak serta harta benda anda diberkati Ilahi :-)

UMMI YL berkata...

terima kasih..saya juga mendoakan kamu bahagia, dilindungi allah dan beroleh apa yang dihajati. Amin

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : tkasih atas doa itu

doakan semoga sy segera mengandung :-)

UMMI YL berkata...

insyaallah, semoga WBH segera mendapat zuriat yang sihat dan soleh. Amin. mudah mudha allah makbulakn doa yang ini :)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : thanksssss :-)

Unknown berkata...

Salam,apa khabar,menarik sungguh cerita di atas,tuan/puan pemilik blog,sya menjemput tuan/puan untuk memberikan cerita pengalaman tuan/puan di dalam isu penggunaan miswak or sugi ini.
Mungkin pembaca di luar sana,ada cerita yang menarik untuk di kongsi bersama,mana tahu,cerita tersebut merupakan kenangan manis kita ketika kita dalam proses untuk menghidupkan kembali sunnah junjungan besar kita di zaman yang kehidupannya serba mencabar ini.Pembaca yang budiman dan rakan-rakan sekalian,bolehlah berkongsi di sini,kenangan manis yang ada ketika mula mengamalkan sunnah bersugi @ miswak ini.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

anak pendang : salam, alhamdulillah, psl bersugi ni sy tak retilah nak share sbb blm pernah amalkan, mybe org lain yg ada pengalaman yg menarik