~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 16 Jun 2011

Stop Following

Aku dah 'stop following' beberapa blog sebab kuota blog aku dah genap 300. Masalahnya ada banyak lagi blog yang aku nak follow untuk tambahkan iman di dada. Maka, aku terpaksa korbankan beberapa blog yang aku rasa perlu dikorbankan.

Walaupun bukan sebagi follower diaorang, insyaallah tak ada aral melintang aku pasti akan membacanya. Sebab blog yang aku baru tambah ni sangat membantu aku untuk meningkatkan ketakwaan pada Allah. Hidup aku berblogger bukan untuk suka-suka, aku ada matlamat yang jelas iaitu nak belajar tentang agama selain berguru di luar, menambahkan ilmu dan iman, serta untuk mendapatkan pahala atas usaha aku dalam menulis entry.

Sebab tu aku jarang tulis entry peribadi, adalah tapi boleh dikira dengan jari. Aku lebih utamakan fakta dan data tentang agama Islam, agama yang suci ini. Aku nak berdakwah aku tak banyak ilmu, walaupun ustaz selalu pesan, ilmu sikit cara ilmu sikit, ilmu banyak cara ilmu banyak. Kot mana pun kena berdakwah. Nak tunggu ilmu banyak silap-silap aku dah kojol, maka aku wajar buat sesuatu iaitu melalui penulisan aku di dalam blog ni selain menggunakan email.

Walaupun aku bukan pengarang yang baik, tapi setakat orang lain faham aku rasa dah ok. Agaknya sebab tu aku tak banyak follower seperti orang lain yang baru berjinak dalam blog tapi dah beribu follower dah follower diaorang. Barangkali diaorang sentiasa promote blog di dalam platform yang lain seperti facebook dan twitter.

Aku pulak tak pandai nak promote blog. Nak promote dalam FB lagilah aku tak nak, mungkin sebab aku benar-benar nakkan low profile. Pada kawan-kawan satu ofis pun aku tak pernah promote, dan diaorang pun tak pernah tahu aku ada blog.

Tapi, aku tak kisah ada follower ke tak, sebab itu bukan matlamat aku. Aku tak pernah tergilakan untuk jadi popular di dalam blog. Sebab aku hanya manusia biasa. Aku hanya nak reda daripada Allah. Aku hanya nak keampunan daripada Allah. Aku hanya nak popular dalam syurga.

Sebab aku cetek ilmulah, maka aku sentiasa cuba cari ilmu. Tak cukup jumpa ustaz sehari sejam, aku gunakan internet secara maksima untuk cari bahan untuk aku baca dan fahamkan. Ada ilmu yang aku dah sedia maklum tahu, ada ilmu yang aku langsung tak tahu. Tapi aku tak pernah putus asa.

Aku sentiasa doa supaya Allah memudahkan urusan aku nak belajar agama Islam. Aku tahu pahala aku tak sebanyak mana, maka, aku cuba ambik kesempatan melalui blog ini, aku nak dapat pahala. Kalau orang baca dan amal, aku turut dapat imbuhan. Itu semua dah cukup berbaloi pada aku yang sentiasa nak mengejar pahala ni.

Tak perlulah follower yang ramai, janji mereka boleh sampaikan perkara baik yang aku tulis dalam blog ini kepada orang di luar sana. Sangatlah aku hargai. Aku tahu, ada ramai blogger yang sangat bagus di luar sana. Malah ada yang banyak jadi idola aku dalam usaha nak menyampaikan dakwah secara sempurna. Aku sangat syukur dipertemukan dengan mereka walaupun hanya dalam blog. Ilmu mereka turut aku sebarkan dan cuba realisasikan dalam hidup aku ini.

Sebagai manusia biasa, impian aku tetap nak masuk syurga tanpa hisab. Sebagai manusia biasa, aku tetap nak dapatkan reda Allah, rahmat daripada Allah dan keberkatan daripada Allah. Sebagai manusia biasa, aku tetap tidak akan pernah sempurna.

Aku cuba nak jadi seperti bangsa lain yang masuk Islam. Mereka sangat fanatik dengan Islam. Ilmu mereka dah setinggi langit. Tapi aku melayu baka Islam ni ilmu cuma sedikit cuma. Aku patut rasa malu. Aku patut rasa tercabar.


6 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Blog kakcik juga selalunya tiada yang baik untuk dikongsi - hanya catatan santai yang entah apa-apa sahaja. Harapnya kakcik tidak akan tersasar untuk menulis sesuatu yang langsung tiada manfaatnya pada pembaca. InsyaAllah.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kak cik : tak pe kak, stp blogger ada matlamat yg masing2

sesetengah org utk berkwn seramai boleh, sesetengah org suka berkongsi rasa,

tak ada masalah akak, sy msh follower akak :-)

Unknown berkata...

blog kak yus pun banyak citer pengalaman diri sendiri je. ..:D

Wanita Bertudung Hijau berkata...

yus : sy tahu akak cuba buat kronologi citer pasal anak2 kan

ttg perkembangan anak2 :-)

satu usaha yg bagus

UMMI YL berkata...

blog saya..saya pun dah pasti apakah topik utamanya..tapi banyak berkisar hal anak2, pengalaman dr sendiri dan catitan ilmu..:)

harap2 adalah manfaat..
UZAR kata sebarkanlah ilmu dan mula menulis. mana tau dr tulisan kita yang baik2 ramaii org dpt manfaat dan kita dapat juga saham akhirat..:)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : barangkali jika sy ada anak pun sy akan membuat perkara yg sama, sbb nak share rasa teruja

yup, tulah impian sy, utk mengejar pahala drpd blog ni