~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 23 Jun 2011

Aku jumpa dalam email - sebuah kisah benar

Mari kita baca apa yang cuba disampaikan oleh beliau :-)

Hello.. Whats up! Lu orang apacer? Suma orang mesti ada kisah silam tersendiri kan?

Arini guwa nak citer perangai guwa dulu. Kisah silam zaman jahilliah guwa dulu. Guwa

dulu pernah tersasar, culture shock. Nak kongsi ngan lu orang. Mana la tau boleh buat

pedoman hidup.

Dulu, ego guwa tinggi mengalahkan Burj Dubai. Asyik nak menang tak nak kalah. Panas

baran takyah cakap la. Sikit-sikit nak melenting. Guwa pantang dicabar. Kalau bengang,

guwa tak pukul orang. Tapi, guwa suka lepas geram tumbuk terajang almari dan pintu

sampai pecah. Tapi, kalau orang touch guwa, memang guwa balas balik. Sekarang, guwa

dah berjaya control baran dan ego guwa. Guwa lebih banyak bersabar dan pendam dalam

hati selagi terdaya. Sebab, kalau ego dan baran, ramai orang benci dan meluat. Kawan-

kawan pun lari. Nanti kubur, gali sendiri.

Dulu, guwa ni sangat pemalu. Nak senyum pun susah. Yela.. Kang kalo senyuman guwa tak

terbalas, lagi la malu. Sampai ada yang cakap guwa sombong, poyo, kerek. Sekarang, sifat

malu guwa dah tak kritikal sangat macam dulu. Guwa dah banyak bersosial dan tak lokek

dengan senyuman. Tapi, lain pulak jadinya. Guwa mula berpeleseran dengan awek-awek.

Bertepuk tampar jadi perkara biasa. Mujur guwa tak terlanjur. Nauzubillah.. Sekarang guwa

dah tahu. Sentuh babi lagi bagus daripada sentuh awek. Sebab sentuh babi tak berdosa,

cuma kena samak. Sentuh pompuan bukan muhrim, takleh samak. Berdosa besar pulak tu.

Dulu, guwa gila artis. Asal ada konsert free kat stadium atau jom heboh, mesti guwa pergi.

Dalam bilik, penuh poster artis. Asal jumpa artis, mesti nak bersalam ambil gambar dan

autograf. Sekarang guwa dah benci artis. Benci gila-gila. Artis suka keluarkan statement

bodoh yang boleh memesongkan akidah bila kena tegur. Artis juga mempengaruhi peminat

gila vavi dia buat maksiat. Bagi aku, artis tidak layak dipuja dan diangkat sebagai manusia

agung. Artis bukan boleh bagi syafaat.

Dulu, guwa dress-up ganas. Bajet langsi nak jadi gangster. Guwa pakai rantai naga, gelang

ala bouncer. Rambut guwa, guwa buat line macam Genji Crow Zero. Tiap malam minggu guwa

lepak club, masuk free pakai kabel. Guwa layan lagu, menari shuffle dan tecktonik. Guwa isap

rokok dalam club, tapi guwa tak minum air kencing setan. Membe-membe guwa togak arak

sampai muntah. Gila busuk! On the way balik, tayar kereta tercabut kat selekoh. Membe guwa

mati kat tempat kejadian. Lepas tu, guwa terus tak pergi clubbing. Guwa muhasabah diri, insaf.

Guwa bersyukur sebab Allah masih bagi peluang kat guwa bertaubat.

Manusia.. Bila senang lupa Allah. Bila susah baru nak ingat Allah. Kan bagus kalau dari dulu

guwa guna ego dan samseng guwa untuk mempertahankan agama macam Umar Al-Khattab.

Kan bagus kalau guwa manfaatkan perasaan tak malu guwa untuk keluar berdakwah. Kan

bagus kalau dari dulu guwa jadikan Rasulullah sebagai idola, bukannya artis. Kan bagus kalau

dari awal entry ini ditulis, guwa tak bahasakan diri sebagai guwa. Perkataan saya kan lebih

berbudi bahasa. Lagi bagus kalau dimulakan dengan ucapan Salam A'laik.

Kesenangan yang datang, tak akan kekal selamanya. Bayangkan jika kita sedang leka bermaksiat

dan berseronok dengan duniawi, malaikat Izrail datang merentap nyawa kita. Tak sempat nak

bertaubat beb. Nerakalah tempat kita. Nauzubillah.. Mati tak mengenal usia. Ajal bisa menjemput

bila-bila masa saja. Saat pintu taubat tertutup, tiada guna lagi kita memohon keampunan dari-Nya.

Gunakan kesempatan untuk kebaikan. Kang menyesal tak sudah. Lakukan anjakan paradigma agar

kita menjadi manusia yang taat pada perintah Allah. Jadikan kesilapan lalu sebagai batu loncatan

untuk kita berjaya.

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang telahku lakukan. Ya Allah.. Terimalah taubat hambamu

yang berdosa ini. Ku akui kelemahan diri. Ku insafi kekurangan ini. Ku kesali kejahilan ini. Telah aku

merasakan derita jiwa dan perasaan. Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu. Di hamparan ini ku

meminta, moga taubatku diterima. Ya Allah... Terimalah taubatku ini.. Aminn.. - Taubat Seorang Hamba


Don't judge me by my past.. I am not in the past anymore.. Accept who i am today!