~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 15 Jun 2011

Renung sejenak

Manusia ini jika rasa bertuhannya tidak ada

Atau langsung tidak percaya adanya Tuhan

Lebih sahaja sedikit dari orang lain sudah rasa luar biasa

Seperti mempunyai kekayaan, sudah merasakan boleh menyelesaikan semua perkara

Ada ilmu, sudah merasakan seolah-olah segala masalah selesai

Ada kuasa lebih-lebih lagi merasa ada kuasa

Dengan kuasa boleh buat apa sahaja

Dengan kuasa mengambil kesempatan membalas dendam terhadap musuh-musuhnya

Kuasa yang ada boleh melindungi diri daripada terhukum

Dengan kuasa boleh melindungi daripada dikenakan undang-undang

Tapi dia lupa, bolehkah dia melindungi dirinya dari sakit dengan kuasanya?

Bolehkah dengan kuasanya, menjauhkan diri daripada bencana alam yang memusnahkan apa sahaja

Bolehkah dia bendung dengan kuasanya daripada dibenci oleh rakyatnya?

Mampukah dia bendung dengan kuasanya jika timbul berbagai-bagai gejala di dalam negaranya?

Bolehkah dia dengan kuasanya menjadikan rakyatnya cinta dengannya?

Akhir sekali bolehkah dengan kuasanya dia menahan diri dari tua?

Tentu sekali penguasa-penguasa negara telah dapat memberi jawapannya

Bukankah kuasa awak itu tidak ada kuasa hakikatnya

Sebenarnya kuasa itu hanya sebutan sahaja

Mana manusia ada kuasa, walau bagaimana tinggi pangkatnya dan jawatannya!

Tidak boleh membendung, tidak boleh menolak banyak perkara

Bukankah ini menunjukkan ada yang Maha Berkuasa di atas kuasa manusia

Mengapa para pemimpin dunia atau negara tidak boleh memikirkannya?

Mana pergi otak?

Mengapa kebijaksanaan dan kepandaian tidak dapat menyelamatkannya?

Itulah dia orang yang pandai sudah jadi bodoh

Kerana tidak mampu menyelamatkan dirinya

aku paste dari sini