~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 16 Disember 2011

Allah telah menyembunyikan aib hambaNya

Pada zaman Nabi Musa AS, bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka. Mereka berkata, "Ya Kaliimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami". Maka berangkatlah Musa A.S. bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih dari 70 ribu orang. Mulailah mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan penuh debu, haus dan lapar.

Nabi Musa berdoa, "Ilaahi! Asqinaa ghaitsak.. wansyur `alaina rahmatak.. warhamnaa bil athfaal ar rudhdha'.. wal bahaaim ar rutta'.. wal masyaayikh ar rukka'.." Setelah itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin menyilau (maksudnya segumpal awan pun tak jua muncul). Kemudian Nabi Musa berdoa lagi, "Ilaahi.. asqinaa"..

Allah pun berfirman kepada Musa, "Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian".

Maka Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, "Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, karena engkaulah hujan tak turun". Seorang lelaki menjeling ke kanan dan kiri, maka tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, saat itu pula ia sedar kalau dirinya yang dimaksud.

Ia berkata dalam hatinya, "Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan turun". Maka hatinya pun gundah-gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya sambil berkata , "Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku".

Tak lama setelah pengakuan taubatnya tersebut, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah hujan. Musa pun kehairanan, "Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia". Allah berfirman, "Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun telah bertaubat kepadaKu".

Musa berkata, "Ya Allah, tunjukkan padaku hamba yang taat itu". Allah berfirman, "Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya sewaktu dia masih bermaksiat kepadaKu, apakah Aku perlu membuka aibnya sedangkan dia bertaubat kepadaKu?"

Oh! Islam: Kalaulah bukan kerana Allah menutup aib-aib dari pengetahuan umum atas dosa-dosa yang kita lakukan, pasti keaiban kita sudah lama tersebar. Tapi cuba kita lihat anak muda sekarang, mereka tidak malu dan mereka sendiri menceritakan aib tentang diri sendiri kepada kawan-kawan seolah-olah bangga dengan perbuatan yang dilakukan. Tidak sedarkah mereka bahawa Allah telah menutup aib mereka, tapi mereka sendiri membuka pekung di dada.

2 ulasan:

UMMI YL berkata...

saya pernah baca cerita ni..
betul kadang2 diri kita dok cerita..saya dulu masa zaman jahil dan emosi melebihi akal dulu senang je nak cerita masalah saya begitu begini kat orang...kita rasa kita mengadu tapi kadang2 orang yang kita adu tu bukan seperti yang kita sangka boleh simpan rahsia. salah sendiri bukak aib diri..
sekrang dok kat rumah, tak ramai kawan pun takpa..rasa lebih baik..mengajar saya sendiri kalau ada apa2 masalah bersangka baik terlebih dulu dan adu pada allah..alhamdulillah sekrang masalah2 pun dah selesai, hidup pun takdalah nak dulukan prasangka tak baik ja..huhu

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : betul tu, ramai skrg mengejar nak ramaikan kawan je, mmg kawan baik ni senang nak jumpa, tp yg susahnya nak jumpa kawan yg boleh bawak kita lebih dekat dgn Allah, payah sangat nak berjumpa

saya pun dulu suka bercerita, tp apabila ada kawan mkn kawan, sy lebih mengambil inisiatif menyelesaikan sendiri

ada kawan dia memberi pendapat utk menjatuhkan kita, jarang ada yg betul2 ikhlas dalam nak membantu

:-)