Artikel pilihan untuk hari ni
Ada sesetengah perkara yang memang kita mahu. Mahu yang amat. Kita minta pada Tuhan, agar berikan. Minta dan minta, kemudian tunggu. Tunggu, dalam keadaan kita sudahpun berbuat apa yang dirasakan yang terbaik untuk mendapatkannya. Kemudian kita minta dan minta lagi, sambil tunggu.
Tunggu. Tunggu lagi. Dan tunggu lagi dan lagi. Kemudian kita tak dapat apa-apa pun. Kosong. Kemudian kita menangis. Kita sedih sangat. Terutama sekali bila tengok orang lain dapat, tapi kita tak dapat. Kita mula menyalahkan diri, bersedih-sedih kerana memikirkan kenapalah kita tak dapat apa yang kita mahu. Sangka kita, mungkin itulah namanya taqdir. Bukan rezeki. Perkara itu mungkin bukan dicipta untuk jadi milik kita.
Lepas beberapa ketika kita mula terlupakan apa yang pernah kita minta dulu. Kita teruskan hidup macam biasa. Cuma yang bezanya, kita dah tak ingat lagi permintaan kita dulu tuh. Kita bahagia melupakannya.
Tiba-tiba. Tanpa disangka. Kita terasa nak perkara lain pulak. Err... Dunia. Takkan pernah mampu menghilangkan dahaga nafsu. Tak cukup dengan apa yang ada. Takkan pernah cukup, yang pastinya. Apa sebenarnya yang kita mahukan? Semua.
Dan kadang-kadang pula, kita dapat apa yang kita mahukan. Kita rasa kita dah berusaha, dan Tuhan menghadiahi kita dengan apa yang kita mahukan. Wah, gembiranya kita. Begitu gembira, hingga merasakan diri bertuah jika dibandingkan dengan orang lain. Kita bertuah kerana Allah mengurniakan limpahan rahmah nikmat-Nya.
Tapi kita terlupa. Kadang-kadang apa yang kita tak dapat, Itulah sebenarnya nikmat. Dan apa yang kita dapat, Itulah sebenarnya ujian. Dunia ini tiada apa. Melainkan hanya sampah bagi-Nya. Kita gembira kerana sampah. Bersedih kerana sampah. Rasa bertuah kerana memperoleh sampah. Hiba kerana gagal memiliki sampah.
Mungkinkah kita ini sampah?
Kata Nabi, Kena zuhud terhadap dunia, baru dicintai Allah. Dan kena zuhud terhadap apa yang dimiliki orang, barulah dicintai orang.
Haa.. Ingat tu kawan-kawan. Dunia harus diambil juga, dan diletak dalam poket. Bukan dalam hati. Jom tangkap dunia, letak dalam poket. Tapi Allah kabo kita kena kejar akhirat, barulah dunia akan dok dalam poket...
2 ulasan:
Allah tempat kita meminta tapi kalu x dpt mungkin di masa lain akan dpt. teruskan berdoa :)
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
pakcik botak : betul tu pakcik, jangan ada erti putus asa dlm berdoa kan
Catat Ulasan