Salam hari jumaat yang mulia. Dah sarapan ke kawan-kawan? Atau ada yang berpuasa hari ni? Selamat berpuasa. Seronoknya esok cuti, aku pula nak balik kampung suami. Rasa teruja sangat, setakat ni mengharapkan kampung suami jelah. Tak apalah, janji suasana kampung. Tapi aku harap Karak Highway tidaklah jem, aku dengar sahabat aku yang bekerja di ATM cakap, tak salah aku bermula dari 10 - 25 December, ATM akan gunakan 2 lane highway KARAK bermula daripada KL - Mempaga untuk pindahkan senjata ke sana. Kat sana sekarang akan dijadikan stor senjata yang terbaru. Maka, akan berlaku jem sepanjang tarikh tersebut, apabila berpuluh-puluh trak ATM berkonvoi berjemaah rapat-rapat menuju ke Mempaga, tentu nak mencilok pun susah terutamanya di Genting Sempah ye tak? Maka, extra berhati-hati ya kawan-kawan, dahlah monsun sekarang ni.
Oh ya, hari ni dah 13 Muharram. Korang semua dah memulakan ke pelaksanaan azam tahun baru? Bermula secara drastik ke macam mana. Tak kisahlah bermula secara perlahan pun, yang penting sematkan dalam hati azam tahu baru ni amalan kita bertambah. Sebagai contoh kalau selama ni solat dhuha 2 rakaat je, apa kata tahun ni genapkan menjadi 6. Lebih lagi bagus. Selama ni solat witir dan tahajud tak pernah buat, apa kata lakukan sekarang tanpa bertangguh lagi. Begitu juga solat hajat, jangan nak tunggu ada hajat baru nak laksanakan, sepatutnya hari-hari solat hajat minta moga kita semua masuk syurga tanpa hisab, minta juga semoga alam perkahwinan kita ibarat alam syurga, minta juga moga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayah berpanjangan, minta juga supaya kita mati dalam iman, dalam rahmat Allah. Macam-macam lagilah nak berdoa, tapi ingat, ramai orang banyak berdoa tentang duniawi semata, minta supaya gaji naik, minta supaya dapat bonus, bukan tak boleh, tapi lebihkanlah minta doa tentang akhirat ya.
Kalau sebelum ni misalnya baca al quran 2 helai je setiap hari, apa kata sempena tahun baru ni paling minima 10 muka surat. Boleh? Pada yang rasa tajwid tunggang langgang, segeralah mencari guru dan belajar, tolonglah jangan tangguhkan. Buang rasa malu, esok dah tua lagilah malu nak belajar, apa kata mulakan sekarang, masih belum terlambat lagi. Kalau sebelum ni beristighfar 100x je sehari, apa kata genapkan 1000x. Begitu juga dalam berselewat ke atas nabi, berzikir, bertahmid dan lain-lain. Semua ni adalah makanan jiwa, jangan biarkan jiwa kita kosong tak ada makanan, ianya penting sangat dalam tujuan nak mendekatkan diri dengan Allah. Moga kita berada dalam rahmat Allah SWT.
Kalau tahun lepas tak pakai tudung, apa kata tahun ni mulakan pakai tudung. Para isteri jangan kerana anda tak pakai tudung, suami kalian dilabelkan dayus. Dalam Islam, apabila suami tak mencegah kemungkaran dalam rumah tangga akan digelar dayus. Kemungkaran di sini melibatkan aurat isteri dan anak, akhlak isteri dan anak dan lain-lain, korang pun dah tahu kan. Kalau rasa sayang suami, silalah pakai tudung. Ikhlas atau tidak, itu adalah wajib, itu adalah perintah Allah. Kalau tahun lepas pakai tudung saiz S, apa kata tahun ni cuba tukar ke saiz M. Pada yang saiz M, cubalah pakai saiz L pula. Pada yang tak pernah pakai sarung kaki, apa kata setiap kali sarungkan stokin sebelum keluar rumah. Jangan dok tayang kaki dalam blog dan FB yang semakin hari menjadi trend, kaki kita tetap aurat yang perlu dijaga.
Yang suka memakai tshirt lengan pendek, tahun baru ni pakailah lengan panjang. Sekarang dah banyak pakaian muslimah di pasaran, macam-macam ada, nak versi harimau jadian pun ada. Hahaha. Jubah moden pun banyak di pasaran, dan cantik pula tu. Sesuai dengan wanita akhir zaman ni yang agresif dan lasak. Kalau dah pakai lengan panjang, jangan pula dok selak-selak lengan baju tu, macam salah seorang Ketua Wanita Umno, opssss. Moga Allah turunkan taufik dan hidayah padanya supaya mampu tutup aurat dengan sempurna.
Pada yang suka mengumpat, yang suka bercakap tanpa henti, tahun ni buatlah perubahan drastik. Allah itu Maha Penghisab, setiap patah perkataan kita akan dihisab satu persatu dan setiap satu perkataan 70 tahun dunia tempoh hisabnya, maka bayangkanlah sehari berapa ratus ribu kita dah bercakap, jenuhlah. Maka, masihkah rasa nak bercakap tentang perkara sia-sia? Ruginya membiarkan masa dengan perkara yang tidak mendatangkan pahala, jangan jadi manusia yang lalai. Kerana masa itu tak ada istilah berpatah balik.
Kepada yang suka buang masa, rajinkanlah diri menghadiri majlis ilmu. Setahu aku, di Malaysia ni ada 7 sesi majlis ilmu yang sering dibuat di masjid dan surau, 1 = Kuliah Subuh, 2 = Kuliah Dhuha, 3 = Kuliah Zohor, 4 = Kuliah Muslimat, 5 = Kuliah Asar, 6 = Kuliah Magrib, 7 = Kuliah selepas isyak. Takkan tak mampu nak menghadiri salah satu kuliah tersebut? Bohonglah kalau cakap tak ada masa. Semua orang ada 24 jam. Sama je kan, yang penting ambillah peluang, kalau nak tahu, trend kuliah hanya berlaku di Malaysia sahaja tau, kat negara Arab sana tak ada, takkanlah tak rasa kita ni sangat beruntung, so, silalah rebut peluang ya. Jangan esok kat kubur kita nak kena jawab kenapa tak belajar ilmu agama semasa kat dunia, takkan nak jawab tak sampai seru, tak berminat, tak ada masa, malas? Sekurang-kurangnya kita dah terlepas daripada soal jawab tersebut. Oh ya, kuliah muslimat jarang masjid yang buat, sesetengahnya sahaja yang buat atas permintaan muslimah.
Pada yang rasa nak berdiet atau nak turunkan berat badan, elok sangatlah berpuasa di bulan Muharram yang mulia ni. Selain dapat pahala, dapat turunkan berat badan, dapat turunkan paras kolestrol, kesihatan pun terjaga, insyaallah. Tapi, perbetulkan nawaitu, jangan pula puasa hanya semata nak kurus. Kang tak dapat pula pahala. Oh ya, puasa juga membentuk kita menjadi manusia bertakwa. Orang yang bertakwa ni Allah sayang. Ada ulamak pernah cakap, puasa dapat menyembuhkan segala penyakit, haaaaa jangan tak percaya. Cubalah
Pada yang mencari jodoh pada tahun ni, moga kalian bertemu dengan jodoh yang soleh dan solehah. Ingat, perkahwinan adalah salah satu peluang daripada Allah untuk tambah pahala berganda. Apabila pasangan sentiasa mengejar pahala dalam alam perkahwinan, maka bahagialah hendaknya perhubungan kalian. Sentiasalah berdoa semoga Allah tidak bolak-balikkan hati kita pada pasangan kita. Biasanya ramai yang berdoa supaya pasangan kita sahaja yang setia terhadap kita, tapi kita sering lupa nak minta doa pada Allah supaya Allah setiakan hati kita kepada pasangan kita juga. Ni pun satu tips yang penting tau, manalah tahu Allah nak uji kita, diturunkan musibah kepada pasangan kita hilang upaya, entah-entah masa tu kita akan berpaling tadah ye tak, macam mana tu, maka bermula saat ni, lengkapkanlah doa kita, minta doa pada Allah supaya hati kita dan pasangan kita saling setia antara satu sama lain. Ingat, hati kita semua ni kan hanya milik mutlak Allah. Bila-bila sahaja Allah boleh tarik nikmat setia itu tau.
Banyak pula sesi tazkirah aku pagi ni. Rasanya aku taip ni sejak pagi tadi, banyak sangat delay sehingga sekarang baru habis aku taip. Oh ya, korang dah tahu ke kronologi hijrah Nabi sebelum Nabi tiba ke Madinah, cuba check balik sebelum Nabi ke Madinah Nabi ke mana menyebarkan dakwah. Penting kita tahu sejarah begini, esok-esok boleh bercerita kepada cucu cicit kita, ini lebih afdal daripada bercerita tentang cerita animasi yang kadang-kadang boleh menyesatkan minda kanak-kanak yang suka berfantasi.
This opinion is debatable
5 ulasan:
ingatan yang sangat2 baik..TQ kak wbh..:)
ya betul2 jangan doakan dunia saja..akhirat kena lebih dan lebih baik doa itu bukan setakat meminta tapi memuji Allah diperbanyakkan dalam doa..
peringatan buat saya untuk ubah secara drastik iaitu pakai stokin kaki...lani dok rumah saja..oklah..pasni memang kena pakai terus..
pasal puasa boleh sembuhkan penyakit tu banyak juga saintis dah buktikan boleh baca dalam buku wisnu sasongko(Armegadon 2012)..malah dengan banyaknya puasa pak wisnu ni ada tulis boleh menyelamatkan umat islam dengan memberi ketahan badan yang kuat ketika asap dhukhan datang. Wallahualam. boleh baca detail lam buku tu...
rulza : haaaaa, betullah, saya lupa pasal bab memuji Allah dalam doa tu. kena sentiasa memuji Allah sebab dia pencipta kita
saya nak tanya, asap dhukhan tu apa? hahaha, jahilnya :-)
dukhan tu asap yang dihantar oleh Allah kelak..ia adalah 10 tanda2 kiamat besar nanti...
masa asap tu datang ia datang dengan bunyi yang sangat kuat dan berkepul dan bergulung2. bila terkena manusia, asap itu akan keluar dari mata, telinga hinggalah keluar dari dubur.
akan terkena seakan2 penyakit selsema yang teruk..
dalam buku pak wisnu tu dia kata beruntunglah orang yang menutup aurat sebab ia membantu dari terkena kesan asap dukhan yang teruk. begitu juga puasa bila zaman ini banyak antibiotik digunakan , puasa yang berterusan boleh jadi punca ketahanan badan ketika tu sebab dikatakan dukhan tu berlaku di pertengahan bulan puasa..wallahualam.
buku pak wisnu tu bukanlah ckp pasal kiamat 2012 berlaku tapi dia sangkal dan menekankan semuanya ketentuan allah jua..
http://rulza.blogspot.com/2011/01/armagedon-2012.html
rulza : info yg sangat best, thanks ye :-)
Catat Ulasan