~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 14 Disember 2011

Syaitankah kita?

Salam hari Rabu. Hari ni berapa haribulan Islam? Haaaa, jangan lupa pula tarikh dalam kalendar Islam ye kawan-kawan.

Aku sebenarnya tak tahu nak taruh tajuk apa kat atas, aku ni biasalah, main belasah sesedap rasa je taip, kemudian main post je sesuka hati, bukan nak double check ke, tu yang menyebabkan banyak sangat typing error tu. Tak apalah, janji korang faham apa yang aku nak sampaikan udah ler.

Tadi masa kuliah Zohor, ustaz banyak menekankan cerita tentang syaitan. Ustaz kata, dia tak risau sangat syaitan laknatullah ni, tapi ustaz lebih risau kepada manusia yang bertopengkan syaitan ni. Kenapa?

Banyak sebab kata ustaz kenapa dia lebih bimbangkan manusia-manusia bertopengkan syaitan ni, salah satu sebabnya, syaitan ni tugas dia hanya memberi saranan kepada manusia supaya melakukan kemungkaran, tapi yang hebatnya di sini adalah, manusia itu sendiri yang rela ikhlas melaksanakan apa yang direncanakan oleh syaitan tadi.

Sebagai contoh, syaitan menyuruh kita minum arak, maka kita pun minum, konsepnya tadi, syaitan hanya menyuruh, syaitan tak ada pun ugut apa-apa pun, tidak pernah pun, syaitan hanya menghasut dan menghasut semata, sekiranya kita tak buat, maka ianya takkan berlaku apa-apa pun. Tapi apabila kita bertindak seperti yang dihasut, maka siapa yang lebih teruk daripada syaitan? Siapa? Padahal Allah dah kurniakan akal yang sangat sempurna, ni satu nikmat yang kita tak mampu nak dustakan. Maka, di sini, syaitankah kita? Yang berdosa adalah kita betul tak? Sama juga konteknya dalam hukum dunia, sebagai contoh kalau si A suruh B bunuh C, yang akan dihukum seadilnya ialah B. Ini realiti yang berlaku di Malaysia. A mungkin terlepas daripada hukuman dunia. Tapi di akhirat A tetap akan dihisab, begitulah kesamaan A dan syaitan di sini.

Begitulah syaitan. Syaitan akan sentiasa menyesatkan anak adam sehingga ke akhir hayat anak adam itu sendiri. Itu ikrar dan lafaznya di hadapan Allah SWT. Tapi, malangnya sebagai manusia yang dah diberi akal, masih tunduk kepada seruan syaitan laknatullah.

Itu yang merungsingkan ustaz, sambung ustaz lagi. Sepatutnya manusia ni, semakin bertambah umur, semakin bertambah ilmu, semakin menebal iman mereka. Tapi sebaliknya berlaku kepada majoriti umat Islam akhir zaman sekarang. Iman setipis kulit bawang, sehinggakan ada ulamak pernah berkata, jika dikumpulkan seluruh umat Islam di seluruh dunia dan dibandingkan dengan iman Saidina Abu Bakar, iman Saidina Abu Bakar jauh lebih besar dan tebal. Bayangkanlah. Itulah hakikatnya!

Ilmu dengan mudah dapat diperolehi, tapi tak nak ambil peluang. Ni yang menyebabkan kita masih terpedaya dalam tipu daya syaitan. Kita terjerumus dalam perkara kemungkaran dan fitnah. Malangnya, perkara negatif berikut pun boleh berlaku di dalam rumah Allah, misalnya, situasi dalam masjid, tanpa sedar kita kadangkala mempertikaikan cara solat orang lain, dalam tak sedar kita mempertikaikan cara ambil wuduk rakan-rakan kita, yang lebih teruk, kita boleh mengumpat orang lain di dalam masjid. Nampak tak betapa dahsyatnya pengaruh manusia yang bertopengkan syaitan ni? Perkara ni mungkin nampak kecil, tapi impaknya sangat besar, apabila perkara itu semakin sebati dalam diri, nescaya syaitan dengan mudah bermaharajalela dalam urat darah kita.

Bayangkan perkara-perkara begini juga boleh berlaku di Tanah Suci Mekah, walhal syaitan mana boleh masuk di situ, tapi jangan lupa, manusia bertopengkan syaitan ramai yang ada di sana. Padahal niat ke Mekah adalah untuk mencipta pahala berganda dalam ibadah haji.

Maka, kata ustaz, cuba check diri sendiri, adakah kita ni boleh dilabelkan sebagai manusia bertopengkan syaitan? Syaitan sekurang-kurangnya dia hanya mampu menghasut, tapi dia takkan mampu merealisasikan, tapi kita sebagai manusia, kedua-keduanya kita mampu laksanakan. Kita mampu menghasut orang lain ke arah kemungkaran, dan kita mampu melaksanankan perkara kemungkaran. Maka, syaitankah kita? Mana lebih teruk? Kita atau syaitan.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang berlaku di sekeliling kita tanpa kita sedar kita dalam pengaruh syaitan. Hakikatnya, kita sendiri membiarkan perkara begitu berlaku tanpa pernah bertindak.

Oh ya, syaitan itu sendiri tetap ada kekurangan. Jika dibaca ayat-ayat suci, maka bertempiaranlah berlari, tapi manusia yang bertopengkan syaitan, bacalah ayat apa pun, dia masih kekal di situ tak ke mana.

Maka, di sini, mari kita muhasabah diri kita, adakah kita pernah menjadi manusia bertopengkan syaitan?

p/s : entry ni khas untuk aku muhasabah diri


2 ulasan:

UMMI YL berkata...

tak mau.takmau..mengingatkan ibadah hari2 dan keikhlasan pada tuhan diterima atau tidak sudah cukup menyesakkan dada..

Kak WBH, pernah dengar tak ustaz don daniyal. Saya baru jumpa sebab takda astro dirumah..

just nak share..masyaallah kata-katanya indah


http://www.youtube.com/watch?v=h9TRUvdCO3Q

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : saya sendiri bimbang dengan amalan saya terhadap Allah, tak pernah lagi rasanya berada dalam zon selesa

oh ustaz don, setakat ni belum berkesempatan nak tengok, nanti saya tengok di rumah, kat ofis youtube kena block, tkasih atas perkongsian :-)