~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 2 Jun 2011

Cun

Assalamualaikum. Hari ni aku nak bercerita santai pula, kalau asyik cerita pasal akhirat kang ada pulak yang muak. Atau aku dicop ustazah pula. Walhal aku sendiri masih terkial-kial untuk transform diri aku ke arah yang lebih baik dan sempurna mengikut acuan Islam. Apa yang aku tulis dalam blog ini semua ingatan untuk diri sendiri, aku akan malu sendiri kalau apa yang aku katakan aku tidak kotakan. Sangat memalukan.

Oh ya, sejak aku bergelar seorang isteri, aku dah jarang dapat tengok tv apatah lagi untuk tengok favourite channel aku. Bukan maksud aku, tv aku di conquer oleh suami aku, boleh je nak tengok sebab ada 2 tv kat rumah aku, dalam bilik dan ruang tamu, cuma dalam bilik je tak ada Astro. Tapi kekangan masa yang membuatkan aku tak dapat nak tengok tv sepuasnya. Tu belum ada anak, kalau ada anak, tentu aku akan lebih sibukkan. Aku tak dapat bayangkan pasangan yang mempunyai anak ramai. Hebatlah diaorang, tentu bijak menguruskan masa. Time management kata orang Jawa.

Penat kerja di ofis, sambung pula kerja yang tak pernah habis di rumah. Balik daripada kerja aku terus memasak sehingga tiba waktu Magrib, aku kelam kabut mandi dan bersolat. Kemudian sambung memasak. Suami aku selalu cakap, kalau penat, makan saja di luar atau tapau. Tapi sampai bila? Aku rasa ralat kalau aku masih tak tahu masak. So sekaranglah masanya aku belajar memasak. Esok-esok kalau dah ada anak, lagi tak ada masa nak belajar masak. Biarpun aku penat, aku ikhlas memasak. Aku nak kenyangkan perut suami aku. Tak salah aku, dapat pahala umrah dan haji. Nak ke sana, aku masih belum mampu, maka aku nak kumpul pahala yang sama pun jadilah kan.

Selepas Isyak, baru aku dan suami akan malam malam. Tapi dalam minggu ni, suami aku ajak makan malam selepas Magrib sebab dia nak study. Minggu depan dia akan menghadapi exam. Maka, dalam 2-3 menjak ni aku agak free selepas Isyak. Selepas selesai melipat kain semalam, mata aku masih terasa segar bugar. Selalunya jam 9pm mata aku dah tak boleh nak angkat. So aku cuba selesaikan segala kerja rumah sesegera mungkin sebab aku cepat mengantuk.

Aku tengok laptop suami aku tak terusik sebab dia kusyuk dengan buku di tangannya. Konon study la tu, tah-tah fikiran menerawang entah ke mana. Aku malas nak bukak FB, sebab aku rasa dah jemu dengan FB sekarang, nothing yang aku nak cari dalam FB. Yalahkan, lain orang lain keperluannya. Dulu aku suka FB sebab aku nak cari outdoor aktiviti, nak cari trip masuk hutan, sekarang kan aku dah pencen, kalau tengok photo trip yang kawan-kawan aku upload buat sakit hati je, baik aku tak payah tengok. Jeles lah tu. Tapi, nak buat macam mana, apabila peralihan usia macam aku ni, aku kenalah buat anjakan paradigma. Takkan selamanya hutan.

Aku terlintas nak tengok cerita Cun, tu pun sebab ceritanya berkisar di Negeri Kedah Darul Aman, tempat tumpah darah aku. Menerusi youtube, sambil menonton aku mengekek ketawa sorang-sorang, ada jugak unsur dan adegan yang aku tak suka tengok seperti babak berpelukan bukan sesama muhrim, tapi aku tetap enjoy menontonnya bila masuk adegan kelakar. Sesekali suami aku sempat mengerling ke arah aku yang sedang berbaring membelakangkannya. Dia kemudian mengerutkan dahi apabila terdengar beberapa dialek Kedah yang dia tidak faham.

Aku pun apalagi, cuba uji dan uji dia mengenai loghat Kedah. Bila lagi aku nak buli diakan, asyik aku je kan kena buli memanjang. Aku ketawa mengekek-ngekek sebab suami aku memang tak mampu nak menjawab maksud yang aku minta mengenai beberapa istilah dalam bahasa Kedah.

Aku akhirnya berjaya habiskan tengok filem ini walaupun aku sebenarnya hampir terlelap. Nasib baik aku tak subsribce Astro First, kalau tidak aku rasa tak berbaloi pula, sebab aku tengok sorang-sorang je. Nasib baik juga aku tak terasa nak tengok kat wayang cerita ini, mahunya aku dan suami akan terlelap di dalam panggung yang sejuk beku tukan.
Apa yang aku nak komen tentang cerita ini, aku nak bagi 3 bintang daripada 5 bintang. Cerita ini sebenarnya agak mendatar, konfliknya sangat kurang, skripnya juga agak longgar, walaupun nampak skripnya bersahaja tapi ada skrip yang masih boleh ditambah untuk menambahkan lebih kesyahduan cerita ini especially semasa Luna sedang berucap secara live.

Kekuatan cerita ini pada aku terletak pada view lokasi filem ini dibuat, memang cantiklah pemandangan di kampung tersebut. Penggunaan bahasa negeri Kedah juga adalah satu tunggak kekuatan cerita ini. Dan aku sebenarnya nak puji artis yang mampu menguasai bahasa Kedah ini dengan baik. Hebatlah korang, walaupun aku tahu kebanyakan artis tersebut memang berasal daripada sana, seperti Kartina Aziz, tapi tak semua orang Kedah sekarang mampu berbahasa Kedah dengan baik. Ada yang dah 'murtad' Kedah.

Lagipun dah jarang aku tengok artis mampu berbahasa Kedah dengan baik. Ada yang kadang-kadang cakap Kedah tapi bunyi siam pun ada. Maka, aku memang pujilah mereka yang berusaha untuk menyebutnya dengan sempurna, yang berusaha komersialkan bahasa Kedah dengan cara yang sangat berkesan.

Pelakon dalam filem ini tak kurang hebatnya. Walaupun aku bukanlah peminat Maya Karin, atau Remy Ishak, tapi gandingan mereka bersama Tom dan Manis memang mantap. Aku sebenarnya lebih sukakan Kembang. Hahaha. Teringat masa kat kampung, kerbau, lembu, kambing adalah rakan sepermainan aku yang setia. Sehinggakan aku sanggup tunggu dan lihat binatang tersebut selesai melahirkan anak di depan aku. Siapa pernah tengok lembu dan kambing beranak? Aku selalu tengok masa zaman hingusan dulu. Hahaha. Aku juga selalu sambut telur ayam dengan menadah tangan dari bontot ayam.

Oh ya, ada lagi, setakat berguling dalam kubang kerbau yang berlumpur dan banyak lintah tu, macam Maya Karin buat tu, selalu dah aku buat dulu. Sudahnya, aku dapat hadiah rotan daripada arwah mak sehingga berbirat-birat. Keliling kampung aku kena kejar dengan ranting kayu.

Oh ya, itu sahaja kot aku nak ulas. Aku bukan pengulas yang profesional. Aku juga bukan pengkritik yang bagus. Cuma itu dari persepsi peribadi aku sahaja. Kepada penyokong industri perfileman Melayu, janganlah tonton filem kesayangan anda melalui youtube. Pergilah ke panggung yang berdekatan. Sokonglah filem Melayu.

P/S : Filem kita wajah kita, so boleh bayangkan tak wajah kita macam mana? Menyeramkan? Romantik? Komedi? Sendiri boleh tafsir kan. Hehehehe

5 ulasan:

azwandengkil berkata...

Tokleh ikut saranan ni. Sbb akan buat saya tertido bila tgk citer Melayu kat panggung. Bagus ada Astro First sbb kalau tertido boleh ulang lagi tgk. Hehehe

Wanita Bertudung Hijau berkata...

azwan : hehehhee samalah mcm sy :-)

marinahunny berkata...

hehehhehe nk komen apa ye.. kalu nk beli astro first biar filem yg betul2 best, kalu setakat Cun xyah kut kan..? hahah

UMMI YL berkata...

WBH orang kedah..hihi kita sekampung la..saya pun dah tengok cerita cun tu..

http://rulza.blogspot.com/2011/04/cun.html

saya pun minat manis dan kembang. Bila tengok cerita cun tu saya teringat sangat zaman kecik2 dulu. nostalgia dan sentimental..:)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

marina : betul tu, dgn kenaikan kadar tax astro menyebabkan saya fikir 2-3 x nak tgk astro first :-)

rulza : asal dari kg mana ye? kita ni setongkang la ek cuma jeti je lain2 :-)